Berita Harian

Remaja maut gagal memotong

-

Kluang: Seorang remaja tidak sempat mendaftar Tingkatan Lima, apabila maut selepas motosikal ditunggang­nya dirempuh kereta di Kilometer 86 Jalan Kota Tinggi-kluang, semalam.

Dalam kejadian jam 9 malam, Mohamad Haikal Mohd Hisham, 17, dari Taman Seri Impian di sini, terlanggar bahagian belakang kereta ketika cuba memotong kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata perlanggar­an itu menyebabka­n motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentang­an sebelum dilanggar kereta.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom Kluang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Pemandu dua kereta terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia