Berita Harian

Juara Malaysia capai kejayaan di persada global

-

Usaha pengantara­bangsaan mampu memacu penggiat industri pembinaan Malaysia untuk mencapai kejayaan pada peringkat global selain meningkatk­an kedudukan mereka di dalam negara.

Bagaimanap­un, satu daripada cabaran yang dikenal pasti dalam Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) adalah bilangan terhadap penggiat industri yang mengambil bahagian dalam projek pembinaan di luar negara.

Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), menyatakan antara inisiatif di bawah CITP untuk meningkatk­an strategi teras itu adalah dengan mengukuhka­n akses kepada pembiayaan bagi ‘Juara Malaysia’ untuk ke luar negara.

“Satu kajian dilaksanak­an bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi penggiat tempatan untuk ke luar negara, dan ia sudah mencapai tahap 85 peratus.

“Ia membawa kepada cadangan lima produk pembiayaan. Tiga daripada produk yang dicadangka­n adalah produk baharu, manakala dua lagi adalah produk pembiayaan yang dipertingk­atkan,” katanya.

Perkukuh pasaran luar negara

Untuk mencapai aspirasi pengantara­bangsaan CITP dalam syarikat yang berpotensi untuk menjadi peneraju industri pembinaan, adalah dengan menyokong pembentuka­n konsortia dan mengukuhka­n risikan pasaran luar negara.

Melalui inisiatif pengantara­bangsaan, CIDB menantikan syarikat tempatan untuk menerajui pasaran tempatan dan global, serta meningkatk­an profil industri pembinaan Malaysia di peringkat global.

Pada masa ini, 79 projek bernilai RM2.7 bilion dimenangi oleh syarikat tempatan di negara luar termasuk Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Bangladesh, Kemboja dan Laos, yang me lebihi petunjuk prestasi utama (KPI) awal sebanyak RM2.0 bilion.

 ??  ?? Usaha pengantara­bangsaan sebagai langkah mendorong kejayaan industri pembinaan Malaysia di luar negara.
Usaha pengantara­bangsaan sebagai langkah mendorong kejayaan industri pembinaan Malaysia di luar negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia