Berita Harian

TRX Lifestyle Quarter dibuka ikut jadual

60 peratus ruang boleh sewa sudah ada penyewa utama

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Projek pembanguna­n Tun Razak Exchange (TRX) Lifestyle Quarter (LQ), blok hab sosial dan gaya hidup di TRX mencatat kemajuan memberangs­angkan untuk memenuhi sasaran pembukaan pada 2020.

Pengarah Urusan TRX LQ, Stuart Mendel, berkata kerja cerucuk dan bidur tanah projek itu sudah 20 hingga 30 peratus disiapkan dan kerja pembanguna­nnya akan memasuki fasa menegak tahun ini.

Berikutan itu, beliau menjangka akan berlakunya pertambaha­n antara 3,000 hingga 4,000 pekerja berbanding 700 ketika ini, berikutan rutin kerja yang akan menjadi lebih sibuk.

“Hingga kini, 60 peratus daripada ruang boleh sewa dalam blok hab sosial dan gaya hidup ini sudah mempunyai penyewa utama. Kami mengambil langkah untuk membuat perjanjian dan menjalin kerjasama strategik dengan penyewa utama sebelum kami memulakan pembinaan projek ini.

“Bagi blok hab sosial dan gaya hidup ini, antara penyewa utama yang sudah dikenal pasti adalah Seibu, jenama terkemuka Jepun bagi segmen gedung serbaneka, jenama pasar raya mewah milik Dairy Farm Group dari Hong Kong serta panggung wayang berkonsep baru yang dikendalik­an oleh Golden Screen Cinemas (GSC).

“Kami memilih untuk memberi tumpuan kepada penyewa utama terlebih dulu kerana ia secara tidak langsung boleh mempengaru­hi penyewa runcit yang lain. Bagi 2018, kami menjangkak­an dapat menyewakan 10 hingga 20 peratus lagi ruang runcit di blok ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat kemajuan projek TRX LQ di sini, baru-baru ini.

TRX LQ dibangunka­n oleh Lend- lease Projects (M) Sdn Bhd (Lendlease) dengan kerjasama TRX City Sdn Bhd. Ia adalah satu daripada projek pembanguna­n bersepadu terbesar yang dilaksanak­an oleh Lendlease di Asia.

Projek babit kos RM8 bilion

Projek TRX LQ dibangunka­n dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM8 bilion dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Selain hab sosial dan gaya hidup, TRX LQ turut dilengkapi dengan komponen kediaman, hotel dan taman yang luas.

Apabila siap kelak, TRX LQ yang terletak di kawasan strategik di tengah ibu negara bakal mengukuhka­n peranan Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan dan kewangan utama yang menawarkan perkhidmat­an di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Mendel berkata, pihaknya menyasar untuk melancarka­n projek kediaman pada tahun depan dan dua daripada enam blok residen dijangka boleh diduduki pada 2021 dan 2022.

“Bagi komponen hotel pula, kami masih dalam fasa rekaan dan perancanga­n lagi. Kami juga sedang berunding dengan beberapa pengendali hotel, bagaimanap­un tiada sebarang kata putus lagi dibuat pada masa ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia