Berita Harian

Modenas sasar model baharu pacu jualan

Syarikat unjur jual 50,000 unit motosikal tahun ini

- Oleh Lizam Ridzuan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), menyasarka­n sebanyak 50,000 unit jualan motosikal jenama itu bagi 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Amirudin Abd Kadir, berkata, pengenalan beberapa model baharu bakal memberikan impak positif kepada Modenas untuk bersaing dalam pasaran motosikal tempatan.

“Kini kami fokus kepada penjualan motosikal ‘street’ berbanding moped seperti Pulsar RS200, NS200 serta V15 yang mendapat sambutan memberangs­angkan pengguna tempatan,” katanya yang ditemui ketika acara Gempak Santai Modenas di Shah Alam, Selangor barubaru ini.

Tambahnya lagi antara model menarik yang bakal menjengah ke pasaran tempatan pada suku pertama tahun ini ialah Dominar 400 hasil kerjasama strategik di antara Bajaj Auto Ltd (BAL) pengeluar motosikal terbesar di India.

Model berkonsepk­an Sports Tourer itu dilancarka­n di India pada hujung 2016 dikuasakan dengan enjin 373cc DTSI empat lejang satu silinder sesuai untuk kegunaan harian atau hujung minggu.

Jangka kuasai 12 peratus pasaran

Katanya, dengan model baru lain bakal dilancarka­n dengan ciri menarik dan harga berpatutan, kami menjangkak­an dapat menguasai sehingga 12 peratus pasaran untuk tahun ini berbanding antara lapan hingga sembilan peratus sebelum ini.

Selain itu, perkembang­an terkini kilang pemasangan motosikal Bajaj di Gurun, Kedah yang berperanan sebagai hab untuk Asia Tenggara berjalan seperti dirancang dan bakal memulakan operasi awal tahun ini untuk pasaran Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Kerjasama ini memberi manfaat kepada vendor tempatan dan pengguna dengan penyediaan siri pemasangan tempatan (CKD), tawaran pelbagai model motosikal yang menarik serta kos alat ganti yang berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia