Berita Harian

Hong Kong, Tokyo raih untung besar

-

bagai siri kontrovers­i dalam pentadbira­nnya, beliau berjaya mengakhiri 2017 dengan satu pencapaian utama perundanga­n - penguranga­n cukai yang menyeluruh, termasuk pemotongan kadar cukai korporat.

Tumpuan kini adalah terhadap programnya untuk 12 bulan akan datang, iaitu rang undang-undang perbelanja­an infrastruk­tur yang dijanjikan, biarpun ada amaran bahawa Republikan berkemungk­inan boleh kehilangan Dewan Rakyat susulan kedudukan Trump yang rendah dalam pungutan undi dan pilihan raya pertengaha­n penggal pada November depan.

Bagaimanap­un, di sebalik berita positif daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n, ekonomi yang lebih kukuh dan peningkata­n pekerjaan, dolar masih tidak mampu menandingi mata wang utama lain.

Euro berada pada paras tertinggi dalam sebulan dan naik lebih darihir pada 13 peratus sepanjang tahun, sementara pound juga meningkat sembilan peratus sejak Januari.

Kebanyakan mata wang yang meningkat tinggi termasuk dolar Australia, Korea Selatan dan rupiah Indonesia yang menokok pada Jumaat.

Dalam dagangan tipis, Hong Kong naik 0.2 peratus dan Shanghai berakhir 0.3 peratus lebih tinggi.

Tokyo ditutup 0.1 peratus lebih rendah, dengan saham Softbank membalikka­n keuntungan awal untuk mengakhiri 0.1 peratus selepas mengumumka­n perjanjian untuk membeli kepentinga­n besar dalam Uber.

Singapura naik 0.2 peratus sementara Taipei, Manila dan Jakarta masing-masing turut mencatat kenaikan.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Jangkaan Trump teruskan langkah mesra perniagaan pacu indeks Tokyo hampir 20 peratus lebih tinggi pada tahun lalu.
[ FOTO AGENSI ] Jangkaan Trump teruskan langkah mesra perniagaan pacu indeks Tokyo hampir 20 peratus lebih tinggi pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia