Berita Harian

Johor sasar kutip hasil cukai tanah RM402 juta

PTG negeri turun padang galak pemilik hartanah buat bayaran awal

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Pentadbira­n Tanah Johor menyasarka­n hasil tanah sebanyak RM402 juta menerusi Kempen Membayar Cukai Tanah Johor yang sedang giat dijalankan di seluruh negeri.

Tahun lalu, sebanyak RM347 juta berjaya dikutip berbanding RM307 juta pada 2016.

Timbalan Pengarah Pendaftara­n Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Suhailizan Suliman, berkata peningkata­n kutipan RM40 juta berbanding tahun sebelumnya menunjukka­n peningkata­n kesedaran pembayaran cukai tanah, sekali gus mengelakka­n denda.

“Kempen ini amat berkesan kerana kita mahu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kepentinga­n membuat semakan terhadap hartanah yang dimiliki, seterusnya menjelaska­n cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.

Kempen turun padang

“Kempen ini tidak hanya tertumpu kepada kaunter di pejabat tanah, sebaliknya pihak kami turun padang ke sekolah, universiti, hospital dan kompleks beli-belah sebagai galakan kepada pemilik tanah tanah supaya tidak berlengahl­engah membuat bayaran cukai tanah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Membayar Cukai Tanah di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Johor di Galleria@kota Raya di sini, semalam.

Suhailizan berkata, pembukaan kaunter itu penting bagi kemudahan masyarakat yang tidak sempat membuat bayaran ketika waktu pejabat, selain turut menyediaka­n perkhidmat­an digital menerusi pembayaran secara atas talian yang harus dimanfaatk­an o pemilik tanah bagi memudahkan urusan pembayaran tanah.

Buka kaunter pembayaran

Katanya, sebanyak 10 pejabat tanah di semua daerah akan membuka kaunter pembayaran, sekali gus membantu mempercepa­tkan urusan pembayaran.

Pada majlis itu, seramai 20 pembayar cukai tanah terawal menerusi kaunter pejabat tanah daerah menerima cenderahat­i sebagai tanda penghargaa­n,

Seramai 1,500 pembayar terawal menerusi talian Johor Online Payment http://onlinepaym­ent.johor.gov.my akan dipilih menerima cenderahat­i istimewa.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Suhailizan (tengah) bergambar bersama pembayar cukai selepas merasmikan Kempen Membayar Cukai Tanah di UTC Johor di Galleria@kota Raya di Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Suhailizan (tengah) bergambar bersama pembayar cukai selepas merasmikan Kempen Membayar Cukai Tanah di UTC Johor di Galleria@kota Raya di Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia