Berita Harian

Khai Bahar tunai janji

Anjurkan sendiri majlis ramah mesra hargai sokongan peminat

- Oleh Zaidi Mohamad

Siapalah artis tanpa peminat? Ungkapan itu sememangny­a bagai cukup keramat dalam kalangan anak seni kerana masingmasi­ng sedar, jika pembabitan mereka dalam bidang nyanyian, lakonan atau apa sahaja cabang seni yang ada, tidak mendapat sokongan, belum tentu kejayaan dapat digapai.

Cukup maklum dengan hakikat itu, penyanyi yang semakin mencipta nama dalam bidang muzik tempatan, Khai Bahar, sentiasa menghargai kalangan peminatnya. Apatah lagi kelompok penyokong setia yang menggelark­an diri mereka Khai Bahar Empire. Mereka inilah yang banyak menghulurk­an sokongan sepanjang setahun setengah bakat berusia 23 tahun ini bergelar penyanyi.

Justeru, Khai sudah lama memasang niat dalam diri untuk menganjurk­an majlis khas bersama peminatnya. Selepas agak lama tertangguh, akhirnya sempena cuti umum Krismas barubaru ini, penyanyi Luluh ini berjaya berbuat demikian apabila beliau sendiri mengadakan acara di Shah Alam yang diberi nama Greatest Love of Khai Bahar.

Kejutan peminat Singapura, Indonesia

Majlis ramah mesra berkenaan direalisas­ikan beliau sebagai tanda sayang buat peminat tercinta, yang selama ini tidak jemujemu berdiri di belakangny­a.

Hasil usaha peminatnya juga, beliau mampu menggengga­m pelbagai anugerah sepanjang 2017. Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul Baharuddin cukup bertuah apabila menerima sokongan sebegitu rupa daripada peminat tegarnya yang terdiri daripada pel bagai peringkat usia.

Majlis yang dianjurkan itu juga cukup meriah dengan kehadiran 520 peminat. Bahkan, ia tidak ubah seperti majlis kahwin dek kemeriahan suasananya.

“Acara kali ini menjadi yang pertama saya anjurkan sendiri, berbanding beberapa majlis yang sebelum itu diadakan oleh kelab peminat. Saya sendiri memang sudah berniat ketika memenangi anugerah, saya ingin adakan sesi bertemu peminat. Ikutkan, ia dirancang lebih awal, tetapi ada di antara peminat tidak mendapat cuti, jadi acara dianjak ke 25 Disember.

“Peminat yang datang pula dari seluruh negara, termasuk dari kampung halaman saya di Perlis. Malah, ada yang datang dari Singapura dan Indonesia.

“Kehadiran mereka ke majlis ini memang membuatkan saya rasa disayangi. Dengan kasih sayang mereka juga saya mampu berada pada tahap sekarang. Tanpa mereka, pasti tiada kenangan indah saya menang anugerah,” katanya yang berbesar hati apabila pelbagai pihak sudi menyediaka­n tajaan cenderahat­i untuk majlis berkenaan.

Ibu pindah rumah baharu

Kata Khai, majlis itu sangat istimewa buat peminatnya. Malah, beliau turut membuat kejutan dengan memberikan hadiah barangan peribadiny­a seperti baju dan topi yang digunakan sewaktu menyanyi di aplikasi Smule kepada peminat bertuah. Turut diadakan aktiviti santai bersama penyokongn­ya.

“Saya turut mengambil ruang itu untuk belanja peminat dengan pelbagai seleksi lagu. Saya cuba menunaikan juga permintaan peminat, terutama lagu yang jarang didengar mereka.

“Pendek kata, pada majlis ini, bukan peminat meraikan saya, sebaliknya saya yang menghargai mereka,” kata Khai yang mula mencipta nama menerusi lagu Bayang.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia