Berita Harian

Nasihat peminat jadi azimat

-

kategori Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, manakala menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada Mei pula, beliau pulang dengan dua trofi iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Pada Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di Singapura, barubaru ini, beliau muncul pemenang kategori Lagu Paling Popular APM (menerusi lagu Bayang) dan Artis Paling Popular APM 2017.

Tahun penuh makna

Terbaru, Khai membawa pulang lima trofi daripada program Top Hot 2017 anjuran stesen radio Hot FM.

Single baharunya, Luluh , diumumkan sebagai Lagu Hot 2017 yang membolehka­nnya menjulang tiga trofi, masing-masing untuk penyanyi, pencipta dan penulis lirik. Lagu berkenaan dicipta sepenuhnya oleh bakat berusia 23 tahun ini.

Beliau turut menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017, yang menggandin­gkannya dengan seorang lagi penyanyi baharu, Wany Hasrita.

“Memang banyak kenangan manis saya peroleh tahun ini. Kejayaan menggengga­m trofi berkenaan takkan berlaku tanpa peminat. Saya juga dapat menjayakan konsert di Hong Kong anjuran peminat di sana.

“Selain itu, saya dapat menyertai program Kembara Jiwa dan Kemanusiaa­n, Umrah dan Ziarah ke Istanbul, Turki, anjuran Syria Care pada 31 Oktober lalu. Sambil menjayakan program itu, saya turut mengambil kesempatan membawa ibu bapa menunaikan umrah.

“Semuanya cukup indah untuk saya kenang,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n sempena kedatangan 2018, Khai memberitah­u, beliau bakal mengeluark­an album mini memuatkan enam lagu.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] ?? Khai Bahar membuat persembaha­n di hadapan kira-kira 500 peminat pada majlis Greatest Love Of Khai Bahar di Laman Kayangan, Shah Alam, baru-baru ini.
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] Khai Bahar membuat persembaha­n di hadapan kira-kira 500 peminat pada majlis Greatest Love Of Khai Bahar di Laman Kayangan, Shah Alam, baru-baru ini.
 ??  ?? Khai Bahar (tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli keluarga pada majlis ramah mesra bersama peminat.
Khai Bahar (tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli keluarga pada majlis ramah mesra bersama peminat.
 ??  ??
 ??  ?? Berswafoto bersama peminat.
Berswafoto bersama peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia