Berita Harian

Idea besar Tiara

Pentingkan kesempurna­an, pengarah teater muzikal Ola Bola mahu peminat puas dengan projek terbaru

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Di suatu sudut, figura terkenal ini memerhatik­an setiap inci pergerakan dan dialog yang dilafazkan pelakon pada sesi latihan. Sesekali, dia berbincang dengan teman di sebelah sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di atas kertas.

Bagi pelakon serta kru produksi teater muzikal Ola Bola, situasi itu adalah senario biasa. Sejak sesi latihan bermula, itulah rutin yang dilakukan penerbit dan pengarah projek muzikal berkenaan, Puan Seri Tiara Jacquelina demi memberi yang terbaik kepada peminat.

Menurut Tiara, selagi belum dapat apa yang dimahukan, selagi itulah dia akan memperhalu­si setiap sesi latihan hingga semua pihak berpuas hati.

“Saya terlalu mementingk­an kesempurna­an. Saya mahu teater ini mampu memberi kepuasan kepada penonton.

“Ini kerana ia mempunyai jalan cerita yang sangat baik dan banyak emosi di dalamnya. Sukar sebenarnya untuk kita mendapat nas khah hebat seperti ini. Disebabkan itulah, saya tak mahu hasil yang ala kadar.

“Dalam tempoh dua bulan sebelum pementasan bermula, inilah rutin yang akan saya lakukan. Saya sentiasa berusaha mencari ruang untuk membuat penambaika­n terhadap teater ini supaya lebih bagus daripada sebelumnya,” kata Tiara ketika ditemui pada sesi latihan teater muzikal, Ola Bola di Lambang Sari, Istana Budaya di ibu negara, barubaru ini.

Menurut Tiara, memandangk­an muzikal ini diadaptasi­kan daripada filem pecah panggung yang menemui khalayak tahun lalu, dia turut mendapatka­n khidmat nasihat pelbagai pihak supaya projek itu sempurna dan tidak ‘lari’ daripada filem asal.

“Walaupun saya wanita dan bola sepak bukan sukan utama buat saya, tapi saya tetap buat kajian mengenai sukan itu daripada mereka yang pakar.

“Semua aspek saya ambil kira termasuk kedudukan pelakon ketika berada di padang bola dan pergerakan mereka supaya tidak kelihatan janggal atau menyalahi peraturan.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ?? Tiara (berdiri, tengah) bersama pelakon dan tulang belakang teater muzikal Ola Bola.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] Tiara (berdiri, tengah) bersama pelakon dan tulang belakang teater muzikal Ola Bola.
 ??  ?? Tiara berdepan tugas mencabar sebagai pengarah teater.
Tiara berdepan tugas mencabar sebagai pengarah teater.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia