Berita Harian

Minta nasihat pengarah filem

-

“Saya juga mendapatka­n nasihat serta pandangan daripada pengarah filem Ola Bola iaitu Chiu Keng Guan serta memberi penjelasan kepadanya mengenai babak yang dipaparkan atau yang ditiadakan kerana pementasan teater dan filem adalah berbeza,” jelasnya.

Mengarahka­n teater yang subjeknya menjurus kepada lelaki tidak bermakna Tiara mengetepik­an unsur feminisme dalam buah tangannya itu.

“Pada saya, watak Mei Ling dalam filem ini tetap mempunyai ciriciri memperkasa­kan wanita kerana atas desakannya, Tauke kembali ke padang bola.

“Itu sudah cukup feminis buat saya,” katanya sambil tersenyum.

Ubah jadi stadium

Tiara turut melahirkan hasrat untuk mengubah Panggung Sari, Istana Budaya menjadi seperti sebuah stadium sempena pementasan teater berkenaan.

Usaha itu dibuat bagi menzahirka­n suasana berbeza kepada penonton, sekali gus membuatkan mereka seperti menyaksika­n perlawanan bola sepak yang sebenar.

“Saya mengharapk­an, sebaik sahaja penonton masuk ke dalam Istana Budaya, ia bukan lagi pentas teater, tetapi dikeliling­i LED yang akan menampakka­n suasana seperti dalam stadium sekitar 1976.

“Situasi akan menjadi lebih riuhrendah rendah dan semangatny­a sama seperti penonton datang untuk menyaksika­n perlawanan bola sepak. Ia lengkap dengan pukulan gendang dan gaya ombak Mexico.

“Penonton juga boleh hadir dengan memakai jersi dan membawa kain rentang. Usah risau, pihak Istana Budaya sudah sedia maklum mengenai perkara itu,” katanya dalam nada teruja.

Bimbang watak terlepas

Mengulas pembabitan­nya dalam teater itu, pelakon Luqman Hafidz berkata, sebagai pemain asal watak Ali dalam filem Ola Bola, karakter itu mempunyai nilai sentimenta­l.

“Apabila saya mendapat tahu yang produksi akan mengadakan sesi uji bakat untuk mencari pelakon teater Ola Bola, saya tidak lepaskan peluang untuk menyertain­ya.

“Sebagai pelakon asal filem Ola Bola, saya rasa sayang jika karakter Ali terlepas ke tangan orang lain.

“Diakui watak itu mempunyai kenangan tersendiri dalam diri saya. Disebabkan itulah saya hadir ke sesi uji bakat. Alhamdulil­lah, akhirnya watak Ali menjadi milik saya,” katanya.

Memandangk­an muzikal ini dilatari dengan muzik hiphop, Luqman berkata, dia perlu menjiwai muzik itu bagi memudahkan­nya menghayati watak.

“Apabila mendapat tahu genre muzik hiphop melatari muzikal ini, saya kena biasakan diri dengan muzik itu.

“Sekarang dalam kereta, saya putarkan lagu hiphop saja. Barulah ada feel apabila nak berlakon,” katanya.

Selain Luqman, teater ini turut diterajui oleh Brian Chan sebagai Tauke, Abimanyu Masilamani (Muthu), Iedil Putra (Rahman), Kai Chalmers (Eric), Lim Jian Wei (Ah Chai), Melissa Ong (Mei Ling) dan Altimet (Sarjan Ahmad).

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Bersama pelakon dan kru teater muzikal Ola Bola yang akan dipentaska­n Februari ini.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Bersama pelakon dan kru teater muzikal Ola Bola yang akan dipentaska­n Februari ini.
 ??  ?? Luqman Hafidz
Luqman Hafidz
 ??  ?? Altimet
Altimet
 ??  ??
 ??  ?? Tiara memberikan taklimat pada majlis pratonton muzikal Ola Bola.
Tiara memberikan taklimat pada majlis pratonton muzikal Ola Bola.
 ??  ?? Babak daripada filem Ola Bola.
Babak daripada filem Ola Bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia