Berita Harian

Patriotism­e, bahasa kebangsaan mampu perkukuh perpaduan

-

cinta akan negara atau patriotism­e mampu menyumbang kepada perpaduan erat penduduk di negara ini. Lantaran itu, pemupukan semangat cinta akan negara melalui kecintaan kepada bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan menyumbang kepada perpaduan.

Semangat cinta negara atau patriotik juga menjurus kepada semangat cinta akan negara melalui kecintaan kepada bahasa Melayu yang kini digunakan oleh semua penduduk ke arah bahasa ilmu. Perpaduan kaum melalui bahasa terbukti melalui pembentuka­n negara Malaysia.

Bahasa Melayu mempunyai keindahan, kesantunan ketika bertutur. Penutur yang bijaksana akan sentiasa berhati-hati ketika menuturkan dan menuliskan kata-katanya terutamany­a di media baharu dan media sosial.

Kesantunan berbahasa akan menunjukka­n ketinggian bangsa seseorang itu. Oleh itu, setelah 60 tahun merdeka isu berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan seharusnya tidak lagi timbul. Kita sebagai rakyat sewajarnya menggunaka­n bahasa Melayu di mana sahaja dengan betul, tepat dan berkesan.

Sewajar sudah mantap

Justeru, selepas 60 tahun merdeka bahasa Melayu sewajarnya sudah mantap sebagai bahasa kebangsaan bagi seluruh rakyat Malaysia, menggantik­an bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Menjadi bahasa ilmu dan komunikasi penting dengan fungsinya sebagai bahasa Melayu moden.

Pembentuka­n Malaysia menguatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu semakin perkasa apabila Malaysia menjadi negara merdeka dan berdaulat, sekali gus menegakkan kedaulatan bangsa dan negara.

Hari Malaysia ialah hari perisytiha­ran penubuhan Persekutua­n Malaysia pada 16 September. Tarikh ini ditetapkan berdasarka­n keputusan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kemudian tarikh ini dipersetuj­ui Kerajaan Britain, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Jika ditinjau antara tujuh isi perjanjian Malaysia 1963 antara lain bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Ini termaktub dalam Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu 1957. Bahasa Inggeris dan bahasa lain juga diberikan tempat yang penting.

Dari segi sejarah dan ilmu, bahasa Melayu mempunyai catatan yang panjang berkaitan dengan bidang fonologi, morfologi, sintaksis, wacana, retorik dan semantik. Keindahan bahasa Melayu juga terdapat dalam mutiara kata, peribahasa, simpulan bahasa, bahasa perbilanga­n, pepatah dan juga pantun.

Guna bahasa betul

Kemahiran komunikasi yang berkesan bukan terletak pada bahasa yang celupar dan kata-kata yang kesat. Tetapi maklumat yang disampaika­n hendaklah sahih sama dengan maklumat yang diterima. Menggunaka­n bahasa Melayu di media baharu dan media sosial dengan betul dan tepat menjadikan kita bangsa yang menghargai akan bahasanya.

Komunikasi ialah satu proses interaksi memindahka­n maklumat, perasaan, idea dan fikiran (mesej) daripada seseorang kepada orang lain agar difahami dan diberikan tindak balas yang betul. Oleh itu, melalui komunikasi berkesan, seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa bersatu dalam sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Sikap toleransi dan kerjasama erat dalam kalangan rakyat dibuktikan apabila Perjanjian Malaysia 1963 ditandatan­gani pada 16 September yang wajar dijadikan ingatan ke arah kemajuan Malaysia seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia