Berita Harian

8 maut, bot karam di Indonesia

13 masih hilang dalam kejadian di luar pantai Kalimantan

-

Lapan maut selepas sebuah bot membawa 48 penumpang termasuk kanak-kanak karam di luar pantai Kalimantan, Indonesia semalam, kata pihak berkuasa penyelamat.

Agensi penyelamat kebangsaan dalam satu kenyataan berkata, 13 penumpang masih hilang manakala bakinya berjaya diselamatk­an.

Bot terbabit dalam perjalanan dari Tanjong Selor ke Tarakan di Kalimantan apabila ia terbalik dan karam. Tidak jelas punca kemalangan.

Bagaimanap­un AFP menerusi laporannya berkata feri terbabit membawa 45 orang apabila ia karam beberapa minit sejurus berlepas dari Tanjung Selor di wilayah Borneo Utara, kata seorang pegawai kanan agensi mencari dan menyelamat, Gusti Anwar Mulyadi.

Katanya, kira-kira 33 orang diselamatk­an dan kakitangan tentera laut dihantar untuk mencari baki penumpang, namun ombak besar menghalang operasi.

“Kami tidak tahu punca kemalangan dan bagaimana ia berlaku. Namun kami akan cuba pastikan dan kini fokus mencari baki penumpang,” kata Mulyadi.

Julai lalu, lapan orang lemas dalam nahas sama di laluan Tarakan ke Tanjung Selor. Ketika sambutan Tahun Baru tahun lalu, 23 maut apabila bot pelancong membawa 250 orang dari ibu kota ini ke pulau Tidung meletup sebelum terbakar.

Dalam perkembang­an lain di

hampir 200 orang cedera ketika sambutan Tahun Baru walaupun Presiden Rodrigo Duterte mengarahka­n penggunaan terhad bunga api.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, 191 orang cedera ketika pesta sambutan, menurun 77 peratus berbanding purata lima tahun lalu.

Manila,

 ?? [ FOTO EPA-EFE ] ?? Penyelamat menjalanka­n usaha mencari mangsa bot karam di Tanjong Selor, Kalimantan Utara, semalam.
[ FOTO EPA-EFE ] Penyelamat menjalanka­n usaha mencari mangsa bot karam di Tanjong Selor, Kalimantan Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia