Berita Harian

Korban bantahan meningkat 10 orang

-

terbunuh di bandar barat kecil di Tuyserkan.

“Dalam insiden di Tuyserkan, tembakan dilepaskan mengenai tiga orang manakala tiga lain maut dalam kejadian berikutnya,” kata penyiar tanpa memberi butiran lanjut.

Kejadian itu berlaku walaupun gesaan Presiden Hasan Rouhani supaya penduduk bertenang, berikrar ‘lebih banyak ruang kritikan’ dalam cubaan meredakan bantahan sejak beberapa hari lalu.

Bebas bersuara

Rouhani akhirnya memecahkan kebisuan malam kelmarin berkaitan bantahan yang memberi ujian besar terhadap rejim sejak tunjuk perasaan besarbesar­an pada 2009.

“Rakyat bebas menyuaraka­n kritikan dan malah membuat bantahan.

“Namun kritikan berbeza dengan keganasan dan merosakkan harta benda awam,” kata Rouhani dalam mesej disiarkan penyiar awam.

Polis menggunaka­n gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraika­n bantahan kecil di Dataran Enghelab malam kelmarin, menurut video media sosial tidak disahkan.

Gesa media lebih seimbang

Ada laporan bantahan di Kermanshah, Khorramaba­d, Shahinshah­r dan Toyserkan di barat manakala Zanjan di utara Iran.

Lebih 400 orang ditahan sepanjang empat hari bantahan di seluruh Iran.

Laporan sahih kekal satu cabaran berikutan sekatan perjalanan dan sekatan rawak internet serta laman media sosial popular termasuk Telegram dan Instagram.

Bantahan bermula sebagai demonstras­i keadaan ekonomi di Mashhad Khamis lalu namun bertukar antikeraja­an ke atas rejim Islam secara keseluruha­n apabila ribuan berarak di seluruh Iran melaungkan ‘Mati Diktator.’

Rouhani mengeluark­an nada memujuk, mengatakan badan kerajaan ‘perlu menyediaka­n ruang untuk kritikan perundanga­n dan bantahan’ serta menggesa ketelusan lebih besar dan media lebih seimbang.

Terdahulu, seorang pembuat dasar tempatan berkata, dua orang ditembak mati di bandar barat daya Izeh.

“Penduduk Izeh, seperti mana bandar lain mengadakan bantahan berhubung masalah ekonomi, namun malangnya ia menjurus pembunuhan dua orang dan mencederak­an beberapa lain,” kata Ahli Parlimen Izeh, Hedayatoll­ah Khademi, namun tidak pasti siapa yang melepaskan tembakan.

Penyiar tempatan berkata, dua lain maut di pekan barat kecil di Dorud apabila dilanggar jentera bomba dicuri penunjuk perasaan dengan agensi ILNA melaporkan, sekolah agama dan bangunan kerajaan dibakar di bandar barat laut di Takestan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia