Berita Harian

Palestin panggil balik diplomat

-

Ramallah: Palestin memanggil balik wakilnya di Amerika Syarikat (AS) untuk ‘rundingan’ susulan pengiktira­fan Presiden Donald Trump ke atas Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Menteri Luar Palestin, Riad almalki memutuskan memanggil balik wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ke Washington, Husam Zomlot untuk perbincang­an, lapor agensi berita Palestin WAFA tanpa memberi butiran lanjut.

Baitulmaqd­is ibu kota abadi

Pengumuman Trump 6 Disember lalu berkaitan Baitulmaqd­is menaikkan kemarahan Palestin dan menjurus pergolakan.

Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin berkata, Presiden Mahmud Abbas enggan bertemu Naib Presiden AS, Mike Pence ketika kunjungan beliau ke rantau itu pada Disember, namun kemudian dibatalkan.

Abbas juga berkata, beliau tidak akan menerima sebarang peranan AS dalam proses damai Asia Barat. Keganasan akibat pengumuman Trump itu meragut nyawa 13 penduduk Palestin, majoriti maut dalam pertembung­an dengan tentera Israel.

Ketika sambutan ulang tahun ke53 pergerakan Fatah kelmarin, Abbas menggelar Baitulmaqd­is sebagai ‘ibu negara abadi’ penduduk Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia