Berita Harian

2 juta sambut Tahun Baharu di New York

-

New York: Hampir dua juta pengunjung meredah cuaca paling sejuk di bandar raya ini sejak sekurun lalu untuk menyambut Tahun Baharu 2018 di Times Square dengan polis melaksanak­an kawalan paling ketat.

Penduduk dan pelancong sanggup berdepan cuaca paling sejuk sejak 1917 dengan suhu mencecah negatif 12.7 darjah Celsius.

Selepas dua serangan di bandar raya ini berinspira­si Daesh pada Disember dan Oktober lalu, kawalan keselamata­n diperketat dengan lebih 20 jalan ditutup.

Penghadang dan trak dipenuhi pasir diletakkan bersama anjing pengesan dan ramai anggota di lapangan.

Polis turut menjalanka­n dua pusingan pemeriksaa­n ke atas semua yang masuk ke dalam perimeter keselamata­n di Times Square, terbesar dalam sejarah.

Amaran cuaca dikeluarka­n

Sebaik memasuki kawasan itu, pengunjung dikehendak­i mengosongk­an beg dan barangan lain, yang tidak dibenarkan.

Selepas insiden tembakan besarbesar­an Oktober lalu yang membunuh 58 orang di Las Vegas, polis turut menghantar kakitangan ke hotel dan restoran berhampira­n buat kali pertama.

“Ini adalah hari paling mengujakan dalam hidup saya. Saya sanggup meredah cuaca sejuk,” kata Hader Ghulan, pelajar Pakistan di Oklahoma, kagum dengan kawalan keselamata­n di bandar raya itu.

Pelajar dari Michigan, Amber Gerrits, 21, berkata beliau tidak bimbang.

“Saya fikir ia tidak mengapa,” katanya menambah memakai berlapis pakaian untuk berdepan keadaan cuaca.

Perkhidmat­an Cuaca Nasional memberi amaran, keadaan cuaca ‘amat sejuk.’ Sambutan Tahun Baru di Times Square menampilka­n persembaha­n muzik, pertunjuka­n bunga api, 1,360 kilogram konfeti dan 25,000 belon.

Datuk Bandar Bill de Blasio dan tetamu khas tahun ini, aktivis Tarana Burke, pemimpin pergerakan #Metoo menentang gangguan seksual, menekan butang tengah malam bagi memulakan acara tradisi menjatuhka­n bola besar terang dari tiang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia