Berita Harian

Kvitova tarik diri angkara demam

-

Brisbane: Juara dua edisi Wimbledon, Petra Kvitova menarik diri dari Kejohanan Antarabang­sa Brisbane akibat demam, semalam.

Pemain Czech berusia 27 tahun itu tidak dapat turun beraksi pada pusingan pertama menentang pemain Estonia, Anett Kontaveit dan akan digantikan Heather Watson.

Bekas pemain nombor dua dunia itu memerlukan kira-kira empat jam untuk menjalani pembedahan tangan kirinya pada Disember 2016 selepas diserang lelaki bersenjata­kan pisau yang menceroboh masuk ke kediamanny­a.

Petra kembali beraksi tidak lama kemudian iaitu ketika Terbuka Perancis, Mei lalu dan muncul juara Kejohanan Klasik Aegon, sebulan kemudian.

Kali terakhir Petra beraksi ialah di Terbuka Tianjin, Oktober lalu dan sedang menyiapkan diri untuk memulakan musim baru di Brisbane. REUTERS

 ??  ?? Petra Kvitova
Petra Kvitova

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia