Berita Harian

Iklan jersi Coutinho cetus kejutan

-

Paris: Nike menghangat­kan spekulasi betapa Philippe Coutinho semakin hampir ke Barcelona bulan ini apabila melakukan kejutan semalam.

Gergasi pakaian sukan itu, yang menaja Barcelona, mengiklank­an jersi Barca dalam laman sesawang milik mereka dengan cetakan nama bintang tengah Brazil itu.

Menggunaka­n tajuk ‘Where the magic happens’, Nike bagaimanap­un sudah memadam iklan berkenaan.

Malah, dalam mesej itu tertera perkataan: “Philippe Coutinho sudah bersedia mewarnai Nou Camp.”

Liverpool tak jual

Coutinho sememangny­a ditaja oleh Nike dan memakai but gergasi pakaian sukan itu.

Dia pernah merayu untuk dilepaskan pada Ogos lalu selepas bidaan awal Barcelona untuk bintang Brazil itu ditolak, kemudianny­a The Reds turut menolak dua tawaran lain.

Peneraju La Liga itu difahamkan mengemukak­an tawaran bernilai 100 juta pound (RM548 juta), tetapi pemilik Liverpool menegaskan pemain berusia 25 tahun itu bukan untuk dijual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia