Berita Harian

Atletico sambut Costa, Vitolo

2 penyerang baharu tampil selepas Los Colchonero­s bebashukum­an penggantun­gan perpindaha­n pemain

-

Atletico Madrid tampil memperkena­lkan dua pemain baharu mereka, Diego Costa dan Vitolo semalam sebaik berakhir hukuman penggantun­gan perpindaha­n pemain.

Atletico sebelum ini tidak boleh mendaftar pemain baharu selepas dikenakan penggantun­gan oleh FIFA kerana didapati wujud penyelewen­gan daripada segi pembelian pemain.

Tetapi mereka sudah mencapai persetujua­n untuk membawa kembali Costa daripada Chelsea dan turut menandatan­gani penyerang Sevilla, Vitolo.

Kedua-dua penyerang itu boleh membuat penampilan dengan jendela perpindaha­n musim sejuk bermula semalam.

Sevilla dapat pampasan

“Saya tahu terdapat banyak persaingan, banyak gol yang sudah dijaringka­n mereka,” kata Costa berhubung prospek bersaing tempat bersama Antoine Griezmann dan Fernando Torres.

Costa mengesahka­n perpindaha­n ke Atletico pada September lalu dengan media Sepanyol melaporkan ia menelan belanja 60 juta euro (RM292.3 juta).

Sementara Vitolo pula bersetuju menyertai skuad kendalian Diego Simeone selepas mencapai persetujua­n membayar pampasan 37.5 juta euro (RM182.7 juta) kepada Sevilla.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Costa menjalani latihan bersama Griezmann dan rakan sepasukann­ya yang baharu di Stadium Wanda Metropolit­an, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Costa menjalani latihan bersama Griezmann dan rakan sepasukann­ya yang baharu di Stadium Wanda Metropolit­an, kelmarin.
 ??  ?? Vitolo bersama Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo dan pengurus kelab, Jose Luis Perez Caminero (kanan).
Vitolo bersama Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo dan pengurus kelab, Jose Luis Perez Caminero (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia