Berita Harian

Wenger pegang rekod baharu

Lebih senior berbanding bekas pengendali United, Alex Ferguson

-

Arsene Wenger memintas rekod Alex Ferguson selaku pengurus paling senior dalam aksi Liga Perdana ketika menyaksika­n anak buahnya seri 1-1 di West Bromwich Albion semalam tetap ia tidak menghalang beliau untuk sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Pengadil, Mike Dean menghadiah­kan penalti kontrovers­i pada lewat permainan, sekali gus menafikan kemenangan Arsenal dan Wenger pantas berang dengan keputusan pegawai perlawanan.

“Ia sesuatu yang sukar untuk diterima,” kata Wenger.

“Ia bukan sekadar keputusan biasa dan ini bukan kali pertama kami menghadapi­nya. Tetapi adalah lebih baik sekiranya kami tidak bercakap soal itu. Kami sedar apa yang berlaku dan kami terpaksa menelannya.”

“Saya tidak melihatnya” ayat itu sudah menjadi jawapan biasa Wenger setiap kali keputusan pengadil memihak kepada Arsenal tetapi pengendali Perancis itu jelas tidak senang apabila pegawai perlawanan memberikan keputusan yang bercanggah dengan kehendakny­a.

Imej yang memaparkan wajahnya kelihatan keliru ketika diarahkan meninggalk­an kawasan tepi padang pada perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford pada 2011 sudah tidak lagi diingati tetapi Wenger semakin berani bertelagah dengan pegawai perlawanan sejak kebelakang­an ini.

Perkenal VAR

Beliau pernah dikenakan hukuman gantung empat perlawanan, Januari lalu kerana menolak pegawai perlawanan keempat ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Burnley.

Kemudian, beliau meluahkan rasa kecewanya apabila Raheem Sterling memperoleh penalti untuk Manchester City selain menjaringk­an gol dalam kedudukan ofsaid ketika pasukannya tewas 1-3, November lalu dan ia benar-benar mencetuska­n rasa tidak puas hatinya.

“Saya rasa pengadil perlawanan tidak menjalanka­n tugas dengan baik dan tahap mereka menurun setiap musim,” kata Wenger.

“Secara keseluruha­nnya, ia tidak boleh diterima.”

Ketika Arsenal berada di landasan terbaik untuk mencatat kemenangan ketiga sepanjang tujuh aksi liga di West Brom perlawanan kendalian Wenger yang ke-811 - Calum Chambers didakwa memegang bola dalam kotak penalti.

Pemain Arsenal, Hector Bellerin, Jack Wilshere dan Petr Cech dilayangka­n kad kuning kerana membantah keputusan pengadil dan Jay Rodriguez menambah berang pelawat apabila menyempurn­akan penalti untuk menghadiah­kan satu mata buat West Brom.

“Sudah bertahun-tahun saya menuntut pengadil supaya lebih profesiona­l tetapi malangnya, tahap mereka tetap tidak meningkat,” kata Wenger yang sudah mengendali­kan Arsenal sejak 21 tahun lalu.

Wenger mendesak supaya sistem VAR (Video Bantuan Pengadil) diperkenal­kan di Liga Perdana tetapi selagi ia tidak diamalkan, selagi itulah beliau dan beberapa pengendali lain akan terus mengkritik pengadil.

 ??  ?? Wenger mengendali­kan perlawanan Arsenal yang ke-811 bertemu West Bromwich Albion, semalam.
Wenger mengendali­kan perlawanan Arsenal yang ke-811 bertemu West Bromwich Albion, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia