Berita Harian

Pogba mahu rakan bangkit

-

London: Paul Pogba menyeru pemain Manchester United supaya bangkit apatah lagi selepas mereka melakar keputusan seri yang ketiga berturut-turut, sekali gus menyaksika­n pasukan itu dipintas Chelsea.

Keputusan seri ketika menentang Leicester dan Burnley sebelum Krismas menjejaska­n peluang United untuk mencabar Manchester City dan kegagalan untuk menang pada pertemuan dengan Southampto­n menyaksika­n mereka kini menduduki tangga ketiga liga, 15 mata di belakang City.

Masalah itu semakin merunsingk­an pengurus, Jose Mourinho apatah lagi kecederaan lutut Zlatan Ibrahimovi­c memaksa pemain itu disisihkan untuk tempoh sebulan sambil pada masa sama, Romelu Lukaku diusung keluar akibat kecederaan selepas bertembung dengan Wesley Hoedt.

Pemain sayap, Ashley Young terlepas tiga aksi United selepas ini apabila didapati bersalah kerana menyiku Dusan Tadic, Sabtu lalu.

Everton akan menjadi lawan United selepas ini dan Pogba pantas meminta rakan sepasukann­ya supaya mempamer permainan lebih baik.

Hari berbeza

“Kami tidak tewas tetapi kami perlu bangkit mencatat kemenangan,” kata pemain Perancis itu kepada MUTV.

“Kami seri lagi. Tiga seri, kami perlu menang. Sesuatu perlu diubah dan kami perlu berubah untuk menang.

“Kami hanya mempunyai satu hari sebelum menentang Everton - itulah bola sepak. Esok adalah hari berbeza dan kami perlu keluar dengan kemenangan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia