Berita Harian

FA diminta bendung terjahan kasar

-

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berasa sesuatu perlu dilakukan bagi melindungi pemainnya selepas tonggaknya, Kevin De Bruyne terpaksa diusung keluar ketika pasukannya diikat 0-0 oleh Crystal Palace, kelmarin.

Susulan aksi hebat penjaga gol City, Ederson yang menyelamat­kan penalti lewat permainan Palace, pemain tuan rumah Jason Puncheon melakukan terjahan keras ke atas De Bruyne yang menyaksika­n perancang Belgium itu meninggalk­an padang dengan lebam di kaki kanannya.

De Bruyne kemudian diberikan rawatan di kawasan tepi padang sebelum dibawa ke bilik persalinan oleh staf perubatan City.

Berikutan itu, Guardiola berasa tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanak­an atas kesalahan seperti itu dan berkata dia akan menyuaraka­nnya kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA).

“Mereka (FA) tahu apa yang mereka perlu lakukan. Mereka perlu melindungi pemain,” kata Guardiola. “Tolonglah, pengadil, mereka perlu melindungi pemain.

“Kami bernasib baik ketika menentang Tottenham dan Newcastle. Hari ini kami tidak bernasib baik. Pengadil perlu melindungi­nya.

Januari bukan mudah

“Kami tahu betapa kuat keadaan fizikal di England tetapi pasukan akan kehilangan pemain yang utama, bukan sahaja Manchester City.”

Keputusan seri menyaksika­n 18 kemenangan sederet City berakhir tetapi kecemerlan­gan Ederson untuk menggagalk­an penalti Luka Milivojevi­c pada minit-minit terakhir perlawanan membenarka­n pendahulu Liga Perdana Inggeris itu meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada 21 permainan.

Guardiola juga mempertaha­nkan keputusan seri yang diraih pasukannya dan menegaskan ia sentiasa akan berlaku.

“Jumlah 18 kemenangan berturut-turut, ia bukan sesuatu yang normal, tidak betul,” kata Guardiola. “Perlawanan berikutnya tidak akan mudah. Kami terpaksa bermain banyak perlawanan pada bulan ini.

“Bermain dalam empat kejohanan dengan tahap tinggi seperti ini adalah sesuatu yang mustahil. Sudah pasti kami tidak boleh menang semua perlawanan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia