Berita Harian

BAM bantu Chong Wei dikecualik­an Siri Super

-

Kuala lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia membantu jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei meminta pengecuali­an daripada menyertai 12 kejohanan Tahap 2 atau dikenali Siri Super.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, pihaknya akan menyediaka­n surat rayuan dan menyerahka­n kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh seminggu.

“Dalam surat berkenaan kita akan meminta mereka mengurangk­an 12 kejohanan yang wajib disertainy­a. Ini kerana tahun ini saja dia mempunyai lima kejohanan tambahan,” kata Chin Chai ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, lima kejohanan berkenaan ialah Kejohanan Berpasukan Asia, Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.

“Jika dia berjaya melayakkan diri ke Siri Super Akhir seperti tahun lalu, ia akan bertambah lagi. Ini bermakna Chong Wei akan berdepan 16 hingga 19 kejohanan tahun ini. Ia terlalu banyak bukan hanya kepadanya tapi pemain yang berusia 30 tahun ke atas.

“Jadi, kita akan buat rayuan dan perkara ini tidak perlu dibawa ke mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han & Latihan (C&T), Khamis ini.

“Saya sudah bincang dengan Chong Wei, malah dia sudah maklumkan kepada BWF ketika di Dubai bulan lalu (Siri Super Akhir),” katanya.

BWF boleh denda

Menurut Chin Chai, jika BAM tidak melakukan rayuan ia akan mendatangk­an masalah kepada Chong Wei yang bakal dikenakan denda oleh BWF kerana tidak menyertai kejohanan besar yang wajib ke atas dirinya.

“Pada usia 35 tahun, peraturan BWF itu agak sukar. Terlalu banyak kejohanan yang disertai menyaksika­n dia berdepan risiko kecederaan sedangkan kita masih memerlukan khidmatnya selama mana yang boleh,” katanya.

Semalam Chong Wei berharap BWF dapat memberikan­nya pengecuali­an daripada beraksi dalam semua 12 kejohanan Tahap 2 pada 2018.

 ??  ?? Ng Chin Chai
Ng Chin Chai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia