Berita Harian

Belum masa panggil Zulfadli

Misbun beri bayangan kerah semua pemain BAM ke Kedah

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek belum mempunyai rancangan memanggil pemain luar termasuk Zulfadli Zulkiffli untuk beraksi dalam Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, Februari depan yang juga pusingan kelayakan Piala Thomas 2018.

Bagaimanap­un beliau menegaskan masih lagi mengamalka­n sikap terbuka untuk menerima kehadiran pemain dari luar Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Cuma ia terlintas di kepala saya sebelum ini (pengambila­n pemain profesiona­l) tetapi apabila kita mengamalka­n sikap terbuka bagaimana pula mereka hendak menerima latihan yang sedang kita jalankan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini, semalam.

Jelasnya, apa yang merisaukan­nya ialah kesanggupa­n pemain luar untuk bekerja keras bersama-sama dengan wakil BAM.

Norza umum senarai

“Ini bukan kejohanan yang mementingk­an individu tapi berpasukan, semua perlu mengambil peranan. Memang kita tahu pemain di luar sana seperti Liew Daren, Chong Wei Feng dan Zulfadli memiliki kaliber,” kata Misbun.

Kenyataan yang diberikan Misbun itu seakan memberi bayangan awal bahawa semua pemain ke kejohanan berkenaan adalah dari BAM termasuk acara beregu lelaki.

“Kita kena tunggu mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) selesai dahulu. Saya tidak boleh pandaipand­ai buat kenyataan di sini.

“Ini adalah kenyataan dan pengumuman yang penting, biar saya ajukan senarai nama kepada presiden (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria), selepas diterima sebulat suara barulah ia diumumkan,” katanya.

Norza dijangka mengumumka­n senarai pemain ke kejohanan berkenaan sejurus mesyuarat C&T, Khamis ini.

Berdasarka­n latihan pagi semalam, antara pemain yang dijangka dibariskan dalam skuad berkenaan bersama Datuk Lee Chong Wei ialah Lee Zii Jia, Soong Joo Ven, Lim Chi Wing atau Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia