Berita Harian

Van Huizen utama pemain terbaik

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen menegaskan pintu sentiasa terbuka kepada barisan pemain yang mempamerka­n aksi cemerlang sepanjang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) yang bakal bermula Rabu ini untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Malah pengendali berusia 59 tahun itu berkata, tiada jaminan untuk 24 pemain yang diserap ke dalam Program Podium seliaan Institut Sukan Negara (ISN) akan kekal terpilih di dalam program itu.

“Sebelum kem latihan skuad negara berehat seketika, saya sudah maklumkan kepada setiap pemain tiada seorang pun boleh berasa selesa.

“Setiap pemain perlu menjaga kedudukan mereka kerana saingan liga akan sentiasa memberi peluang kepada pemain baru untuk menunjukka­n kepada jurulatih kebangsaan bahawa mereka berhak terpilih di dalam skuad negara,” katanya.

Van Huizen tidak menafikan 24 pemain yang sudah tersenarai untuk Program Podium itu adalah pemain terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini.

“Tapi kami sentiasa membuka pintu kepada pemain baru sekiranya pemain sedia ada berdepan masalah seperti kecederaan.

Lihat bakat baharu

“Barisan pemain yang sudah berada dalam senarai skuad kebangsaan pula perlu mempamerka­n prestasi yang lebih baik, bukan sekadar beraksi di saingan liga.

“Apapun pendirian kami cukup jelas, iaitu kami akan sentiasa melihat kepada bakat baru,” katanya.

Van Huizen sebelum ini menyenarai­kan 24 pemain ke dalam Program Podium yang dijangka bakal menggalas tugas besar sepanjang tahun ini.

Antara yang paling menjadi keutamaan adalah Sukan Asia di Jakarta & Palembang dalam usaha Malaysian Tigers memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain 24 pemain itu, Van Huizen turut menambah empat pemain ke dalam skuad kebangsan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n membabitka­n 24 pemain Program Podium sedia ada.

Bagaimanap­un, keempatemp­at pemain itu tidak akan berada di bawah seliaan Program Podium, sebaliknya segala perbelanja­an atau elaun membabitka­n mereka diuruskan oleh MHC dan Majlis Sukan Negara (MSN).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia