Berita Harian

Cabaran getir tunggu atlet Program Podium

Enam kejohanan besar tuntut bukti komitmen sepanjang 2018

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Selepas melalui musim 2017 yang penuh dengan pelbagai suka dan duka termasuk kejayaan muncul juara keseluruha­n pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), atlet negara bakal kembali ke gelanggang untuk mengharung­i jadual padat sepanjang tahun ini.

Sudah tentu dua temasya besar Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan menjadi tumpuan utama mereka untuk mengukir nama dan memburu kegemilang­an sekali gus mengharumk­an nama Malaysia.

Malah, keduadua temasya itu akan menguji sejauh mana keberkesan­an dan kejayaan Program Podium yang dikendalik­an Insti tut Sukan Negara (ISN).

Apapun, skuad bawah 23 (B23) negara akan memulakan kempen apabila dijadualka­n beraksi dalam Kejuaraan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari ini.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee yang layak secara automatik buat kali pertama di kejohanan itu, akan berdepan Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam aksi Kumpulan C, sekali gus menyaksika­n cabaran berliku yang bakal dilalui oleh mereka.

Menyusul selepas itu kontinjen negara akan beraksi pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April.

Mesti layak ke Piala Thomas

Kecemerlan­gan di Sukan Olimpik Rio 2016 seharusnya menjadi penanda aras terbaik untuk skuad negara pada edisi Sukan Komanwel kali ini sekali gus cuba mengatasi pencapaian kurang memberangs­angkan empat tahun lalu di Glasgow, Scotland.

Ketika itu Malaysia sekadar meraih enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa dengan Kuala Lumpur 1998 masih kekal sebagai pencapaian terbaik kontinjen negara yang meraih 10 emas, 14 perak serta 12 gangsa.

Selang sebulan selepas itu, skuad badminton negara pula akan mengharung­i saingan berpasukan paling berprestij di dunia, Piala Thomas di Bangkok, Thailand.

Bagaimanap­un, harus diingat, skuad negara hanya akan beraksi pada pusingan akhir piala berprestij itu sekiranya layak menerusi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia di Alor Setar, Kedah, Februari ini.

Jika tidak, ia pasti satu mala petaka untuk arena badminton tempatan kerana belum pernah skuad negara gagal beraksi di Piala Thomas.

Kontinjen negara sekali lagi akan turun pada temasya Sukan Asia di di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September yang menjadi medan terbaik untuk bersaing dengan barisan atlet dari negara Asia lain.

Menerusi persiapan rapi di bawah Program Podium, kontinjen negara seharusnya mampu mengatasi pencapaian empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan apabila meraih 14 emas, 5 perak dan 14 gangsa.

Skuad hoki negara bakal menutup kalendar saingan tahun ini apabila beraksi dalam Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India pada Disember selepas melalui musim gemilang dengan pelbagai kejayaan pada tahun lalu. Kejohanan 2018

Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Jiangsu, China - 9 hingga 27 Januari

Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia - 4 hingga 15 April

Piala Thomas di Bangkok, Thailand - 20 hingga 27 Mei

Sukan Asia di di Jakarta & Palembang - 18 Ogos hingga 2 September

Piala Dunia Hoki di India - 28 November hingga 16 Disember

Bola sepak Piala AFF - 8 November hingga 15 Disember

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia