Berita Harian

Lopes sah sarung jersi Kelantan

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Penyerang dari Brazil, Bruno Lopes yang pernah beraksi bersama pasukan Liga Utama Indonesia, Persija Jakarta sah menyertai Kelantan musim depan.

Pemain berusia 31 tahun itu meluahkan penghargaa­n dan mengucapka­n selamat tinggal kepada bekas pasukannya menerusi akaun Instagram peribadiny­a semalam.

Menerusi kenyataan yang disertakan dengan gambar bersama Presiden Persija Jakarta, Gede Widiade serta ketua jurulatih, Stefano Cugurra, pemain penyerang itu menzahirka­n terima kasih buat pasukan yang disertainy­a sejak awal musim lalu itu.

“2017 adalah tahun istimewa dan saya berterima kasih kepada Widiade dan Cugurra di atas peluang saya di Persija Jakarta.

Simic, Bahadoran tolak

“Pasukan ini sentiasa berada dalam hati saya, terutama kepada rakan pemain, barisan jurulatih serta paling istimewa penyokong Jakmania (Persija Jakarta).

“Mereka (penyokong) sentiasa menyokong dan ia juga menjadi faktor di atas setiap kemenangan pasukan,” katanya.

Lopes berkata, kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama pasukan itu adalah ketika beraksi bagi melayakkan Persija Jakarta ke pentas Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahka­n bakal mengikat kontrak dengan Lopes.

Kehadiran Lopes amat diharapkan Kelantan selepas kempunan mendapatka­n bekas penyerang Melaka United (MU), Marko Simic yang kini menjadi penyerang baharu Persija Jakarta selain pemain kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran yang turut menolak tawaran KAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia