Berita Harian

Shahurain tekad julang The Cops

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Selepas menyaksika­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekadar menamatkan saingan di tangga kelapan Liga Perdana 2017, pemain sayap kanan, Shahurain Abu Samah bertekad membawa skuad berkenaan menduduki tangga jauh lebih baik musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu yang masih mempunyai baki kontrak setahun dengan PDRM berkata, prestasiny­a semakin baik selepas sebulan menjalani latihan di bawah bimbingan pengendali baru, Zulhamizan Zakaria.

Katanya, biarpun baharu kali pertama berlatih di bawah bekas pengendali Kuantan FA itu, tetapi dia tidak menghadapi banyak masalah sebaliknya semakin serasi dengan teknik serta taktikal yang diketengah­kan.

“Setakat ini, saya bertambah yakin dengan prestasi semasa selepas sebulan berada di bawah Zulhamizan malah gandingan beliau dengan pengendali sebelum ini, Mohd Fauzi Pilus tampak lebih meyakinkan.

“Tindakan pengurusan PDRM membawa masuk beberapa pemain muda, terutama bekas pemain Kuantan FA adalah bijak kerana mereka boleh menjadi nadi kepada pasukan ini nanti kerana sudah memiliki pengalaman mengharung­i saingan Liga Perdana sebelum ini.

Cabaran FELDA United

“Kami juga sudah berjaya membentuk persefaham­an mantap dengan pemain baharu termasuk import dan saya percaya ia akan menjadi elemen penting dalam membantu kami menjadi pesaing utama Liga-m 2018 ini,” katanya.

 ??  ?? Aksi Shahurain (kiri) ketika mewakil PDRM pada perlawanan Liga Perdana 201,7 di Stadium UITM Shah Alam.
Aksi Shahurain (kiri) ketika mewakil PDRM pada perlawanan Liga Perdana 201,7 di Stadium UITM Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia