Berita Harian

TFC I belum lantik kapten

-

Kuala Terengganu: Kem Terengganu FC I (TFC I) belum memutuskan individu mana yang layak memikul tanggungja­wab sebagai kapten untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Penolong jurulatih, Mohamad Nik, berkata setakat ini barisan pengendali yang diketuai Irfan Bakti Abu Salim masih menilai beberapa pemain yang difikirkan mampu memikul tugas selaku jeneral pasukan.

“Sehingga kini kami belum mempunyai calon yang sesuai untuk diberi peranan sebagai kapten kerana kami perlu melihat dalam pelbagai aspek, termasuk kepimpinan.

“Justeru, sebelum kami memilih siapa yang bakal menjadi kapten, kami perlu melihat pemain berkenaan mempunyai karakter sebagai ketua dan mampu bertindak baik dalam setiap perlawanan,” kata Mohamad yang lebih mesra dipanggil ‘Coach Nik’ itu.

Ketika aksi persahabat­an bertemu Terengganu FC II (TFC II) kelmarin, penyerang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre diberi kepercayaa­n sebagai kapten pada babak pertama sebelum diserahkan kepada pemain berpengala­man, Ismail Faruqi Asha’ri pada babak kedua.

Musim lalu, Penyu memberi kepercayaa­n kepada pemain tengah, Abdul Latiff Suhaimi yang kerap kali bergilir dengan pemain pertahanan import yang digugurkan, Lazaro Vicinius untuk menggalas tugas sebagai kapten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia