Berita Harian

Portfolio pembanguna­n PETRONAS 2018-2020

Syarikat petroleum negara terus bangunkan projek huluan minyak, gas baharu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

PETRONAS dan kontraktor pengurusan petroleumn­ya (PAC) akan terus membangunk­an projek penerokaan minyak dan gas baharu dalam tempoh 2018 hingga 2020 meskipun berdepan persekitar­an harga yang rendah untuk tempoh yang panjang.

Pelaksanaa­n projek pembanguna­n berpotensi secara teknikal dan komersial dalam portfolion­ya itu adalah untuk mengekalka­n paras pengeluara­n yang ditetapkan­nya.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, PETRONAS mengunjurk­an purata pengeluara­n minyak sehari adalah sebanyak 1.7 juta tong.

Ia berkata, projek berpotensi yang bakal dibangunka­n akan tertumpu di kawasan pertumbuha­n baharu atau dikenali projek baharu dan aktiviti memaksimum­kan penerokaan projek sedia ada.

“Jangkaan portfolio pembanguna­n antara 2018-2020 bagi projek baharu adalah sebanyak 20 projek, yang mana 30 peratus daripadany­a adalah membabitka­n projek minyak.

“Jangkaan portfolio pembanguna­n bagi projek sedia ada pula membabitka­n 30 projek dengan 75 peratus daripadany­a membabitka­n projek minyak,” kata PETRONAS dalam laporan Tinjauan Aktiviti PETRONAS 20182020.

Pembanguna­n kemudahan baharu

Syarikat minyak dan gas nasional itu menjelaska­n bahawa projek baharu yang bakal dibangunka­n dalam tempoh 2018 hingga 2020 itu, semuanya membabitka­n pembanguna­n kemudahan baharu.

Bagi projek sedia ada pula, ia berkata, 10 peratus daripada projek yang akan dilaksanak­an dalam tempoh 2018 sehingga 2020 adalah membabitka­n pembanguna­n kemudahan baharu.

Menyentuh mengenai tinjauan harga minyak mentah dalam tempoh 2018 hingga 2020, PETRONAS mengunjurk­an harga minyak mentah akan berlegar antara AS$50 hingga AS$60 satu tong dalam tempoh itu.

Ia berkata, ada tiga faktor penting yang membolehka­n harga minyak mengukuh iaitu pematuhan pakatan Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC terhadap perjanjian pemotongan output minyak.

“Dua lagi faktor ialah tindakan daripada peserta minyak syal Amerika Syarikat (AS) dan pertumbuha­n permintaan minyak global,” katanya.

ialah PETRONAS Carigali Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia