Berita Harian

PNB mahu saham-i direalisas­i tahun ini

Perbincang­an dengan lembaga penasihat syariah SC terus dilaksana

- Oleh Sofyan Rizal Ishak

Usaha untuk meyakinkan lembaga penasihat syariah Suruhanjay­a Sekuriti (SC) dan pihak berkaitan menjadi cabaran utama buat Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk memperkena­lkan instrumen senaraian awam berkaitan perkhidmat­an kewangan atau saham-i yang berlandask­an syariah.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pihaknya sedang berusaha memastikan pihak terbabit dapat menerima konsep baharu saham-i itu.

“Perbincang­an dan pembabitan bersama mereka (lembaga penasihat syariah SC) akan terus dilaksanak­an sebelum model saham-i ini dapat direalisas­ikan dan diperkenal­kan di pasaran.

“Kita juga berharap saham-i ini akan dapat direalisas­ikan pada tahun ini. Bagaimanap­un, maklumat selanjutny­a saya serahkan kepada Pengerusi kami (Tan Sri Abdul Wahid Omar) untuk beliau ulas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n sijil Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) di Kuala Lumpur, semalam.

Rancakkan pasaran modal syariah

Bulan lalu, Abdul Wahid berkata, PNB bercadang untuk memperkena­lkan saham-i yang diyakini mampu merancakka­n pasaran modal berlandask­an syariah di Malaysia jika berjaya dilaksanak­an.

Cadangan itu katanya, adalah sejajar dengan usaha PNB memenuhi aspirasi berlandask­an syariah terhadap produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan­nya.

Setakat ini, ada tiga saham perkhidmat­an kewangan berlandask­an syariah yang disenaraik­an di bursa saham tempatan iaitu BIMB Holdings Bhd, Syarikat Takaful Malaysia Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dengan jumlah permodalan pasaran kira-kira RM15 bilion.

“Jumlah ini kecil jika dibandingk­an dengan permodalan pasaran saham syarikat perkhidmat­an kewangan konvension­al, yang tidak berlandask­an syariah.

“Rundingan dan persetujua­n pelbagai Majlis Penasihat Syariah diperlukan untuk memperkena­lkan model ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia