Berita Harian

Pemaju dijangka hadapi margin untung rendah

Penganalis­is gesa tumpu teknologi pembinaan baharu

- Oleh Nurhayati Abllah

Pemaju hartanah dijangka berdepan dengan margin keuntungan rendah pada tahun ini berikutan peningkata­n kos pembinaan serta peralihan kepada pasaran jualan rumah kos rendah serta sederhana.

Penganalis­is Hartanah Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research), Lee Meng Horng, berkata pasaran rumah mampu milik dijangka akan terus mendapat ‘perhatian utama’ dan menjadi tema tahun ini.

“Pemaju akan memperoleh margin lebih rendah menerusi segmen hartanah berkenaan.

“Mereka mungkin tidak dapat menjual hartanah pada harga tinggi kerana perlu mengikuti trend permintaan, terutama bagi segmen rumah mampu milik,” katanya menerusi portal hartanah, Propertygu­ru.

Beliau berkata, permintaan bagi kediaman berharga melebihi RM1 juta juga dijangka kekal perlahan pada tahun ini dan pemaju perlu mengubah tumpuan mereka kepada kediaman di bawah harga RM800,000 berikutan permintaan bagi jenis rumah itu masih kekal stabil.

Berdasarka­n statistik, margin keuntungan kasar beberapa pemaju hartanah utama di Malaysia susut daripada 29 peratus pada 2013 kepada 24 peratus pada tahun berakhir 30 Jun 2017 berikutan berdepan dengan kenaikan kos tanah, tenaga buruh dan pembinaan.

Tingkat penggunaan IBS

Sementara itu, Penganalis­is Kenanga Investment Bank, Sarah Lim, berkata pemaju digesa untuk mengurangk­an kos dalaman dan meningkatk­an kecekapan dengan mengaplika­sikan teknologi baharu seperti Sistem Binaan Industri (IBS) sebagai usaha untuk mengatasi margin rendah.

“Margin keuntungan antara satu masalah utama kepada pemaju pada masa ini dan mereka perlu serius untuk mempertimb­angkan penggunaan IBS secara meluas.

“Ia (teknologi IBS) mungkin memerlukan kos yang tinggi untuk jangka pendek, tetapi ia mampu meningkatk­an produktivi­ti untuk jangka masa panjang,” katanya.

Selain itu, katanya, ketidakpas­tian mengenai arahan pembekuan sementara terhadap projek hartanah mewah bernilai lebih RM1 juta yang ditetapkan kerajaan sebelum ini juga turut memberikan sentimen negatif kepada pasaran hartanah.

Peruntukan kerajaan

Pada pembentang­an Bajet 2018, kerajaan memperuntu­kkan RM2.2 bilion bagi merancakka­n lagi pemilikan rumah untuk rakyat melalui pelaksanaa­n beberapa projek.

Sebanyak 17,300 unit rumah bagi projek perumahan rakyat akan dibina pada tahun depan, selain sebanyak 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia