Berita Harian

BSN perkenal cabutan baharu, tambah ganjaran RM20J

-

Bank Simpanan Nasional (BSN) meneruskan Kempen Cabutan Khas RM1 juta setiap bulan sepanjang tahun ini serta memperkena­lkan cabutan baharu sebagai penghargaa­n khas untuk penyimpan Sijil Simpanan Premium BSN (SSP BSN).

BSN menerusi satu kenyataan berkata, jumlah keseluruha­n ganjaran juga akan ditambah menjadi RM20 juta pada tahun ini, termasuk pengenalan Cabutan Remaja Istimewa dengan jumlah keseluruha­n hadiah bernilai RM250,000.

Katanya, cabutan itu terbuka kepada remaja berusia 12 tahun hingga 21 tahun yang akan diadakan pada Mac tahun ini.

“Pengenalan cabutan baharu ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan yang setia menyimpan di SSP BSN yang kini mencecah tahun ke-40 bermula dari 1978 hingga 2018.

Jutawan ke-12 diumum

“Ini adalah peluang kepada orang ramai yang masih tidak mempunyai simpanan SSP BSN untuk berbuat demikian supaya berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran lumayan yang ditawarkan oleh BSN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani, berkata menerusi kesinambun­gan kempen cabutan SSP BSN 2017 ‘12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’, BSN baru-baru ini mengumumka­n jutawan ke-12 bagi cabutan SSP BSN diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur.

“Dengan pengumuman jutawan ke-12, ini bermakna kempen SSP BSN sudah sampai ke penghujung­nya dengan jumlah keseluruha­n ganjaran bernilai lebih RM17 juta diberikan kepada pemenang sepanjang 2017.

“Sehingga November 2017, SSP BSN terus mendapat sambutan daripada orang ramai dengan lebih 2.9 juta orang penyimpan di seluruh negara dan nilai simpanan melebihi RM3.28 bilion,” katanya.

Pada majlis sama, BSN turut meraikan pemenang bulan November 2017 yang dijemput hadir menerima hadiah yang dimenangi. Hoo Mei Yoong dari Perak memenangi RM1 juta bagi Cabutan Istimewa, S Vuvarajan juga dari Perak memenangi kereta BMW 318i bagi Cabutan Bulanan dan M Maithili dari Pulau Pinang memenangi SSP BSN RM10,000 bagi Cabutan Remaja Kategori Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia