Berita Harian

5 menang pakej naik taraf rumah kempen Tropicana

-

Tropicana Corporatio­n Bhd (Tropicana) menutup tirai kempen tahunannya, Tropicana Surprize Upsize Grand Finale dengan menyaksika­n lima pemenang bertuah membawa pulang pakej menaik taraf rumah yang dibeli menerusi syarikat pemaju hartanah berkenaan.

Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Ung Lay Ting, berkata kempen itu adalah kempen hartanah pertama di Malaysia yang menawarkan pembeli untuk menaik taraf rumah yang dibeli secara percuma.

“Selain itu, pembeli juga berpeluang untuk memenangi pakej reka bentuk dalaman rumah bernilai RM80,000.

“Kempen ini ada idea baharu dalam industri hartanah. Bagaimanap­un, kami berjaya mencapai pembabitan digital pada tahap yang membanggak­an dengan mencatatka­n 4.38 juta tontonan video kempen serta 105,957 pelawat di laman rasmi kempen berkenaan.

“Pencapaian ini amat dibanggaka­n kerana tempoh kempen itu hanya dijalankan pada masa singkat iaitu selama enam minggu bermula 11 November hingga 22 Disember lalu,” katanya.

Tanda penghargaa­n Tropicana

Beliau berkata, kempen itu bertujuan menyatakan penghargaa­n Tropicana terhadap pelanggann­ya, selain berkongsi mengenai pembanguna­n hartanah yang dijalankan oleh Tropicana kepada orang ramai.

“Pada majlis penutup kempen ini, Tropicana menyampaik­an lima hadiah utama kepada pembeli rumah Tropicana di Tropicana Metropark (Subang Jaya), Tropicana Heights (Kajang), Tropicana Aman (Kota Kemuning) dan Tropicana Gardens (Kota Damansara).

“Pemenang utama akan menerima naik taraf rumah secara percuma manakala empat lagi membawa pulang pakej reka bentuk dalaman bernilai RM80,000,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Tropicana dijangka akan menganjurk­an pelbagai kempen menarik tahun ini dalam usaha menarik lebih pelanggan serta meluaskan pasaran sasaran di seluruh negara.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] ?? Lay Ting (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang hadiah Tropicana Surprize
Upsize Grand Finale di Damansara Utama.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH/BH ] Lay Ting (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang hadiah Tropicana Surprize Upsize Grand Finale di Damansara Utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia