Berita Harian

Indeks Disember 2017 kekalkan tradisi

-

Tahun 2017 melabuhkan tirainya dan 2018 bermula. Pada minggu terakhir dagangan, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka pada paras 1,758.51 dan ditutup 38.3 mata lebih tinggi pada 1,796.81 berikutan aktiviti ‘window dressing’ untuk akhir 2017.

Paras ini adalah paras tertinggi untuk 2017 dan memberi pulangan sebanyak 9.77 peratus bagi tahun lalu.

Seperti yang dijangkaka­n, indeks ditutup hijau pada Disember lalu dan mengekalka­n tradisi Bursa Malaysia ditutup positif pada Disember hampir setiap tahun.

Kenaikan ini adalah kenaikan pada minit terakhir pada hari dagangan terakhir 2017 dan dijangkaka­n pasaran akan membuat pembetulan apabila pasaran dibuka semula pada hari ini selepas cuti Tahun Baharu.

Pasaran bagaimanap­un dijangkaka­n meneruskan aliran menaik selepas pembetulan pada hari ini dan indeks dianggarka­n akan mencuba paras rintangan seterusnya pada paras 1,818.

Untuk prestasi mingguan, pasaran mula dibuka pada Selasa lalu selepas ditutup untuk cuti perayaan Krismas pada Isnin.

FBM KLCI merosot secara perlahan sebanyak -0.25 mata untuk ditutup pada 1,759.99 mata. Indeks Asia ditutup bercampur-campur pada hari Selasa dalam sesi dagangan yang tipis berikutan cuti di kebanyakan pasaran dunia.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.066 bilion saham yang didagangka­n, bernilai RM1.603 bilion. Indeks ditutup bercampur-campur dengan Indeks Industri naik 1.2 peratus. Kaunter untung termasuk, HENGYUAN +RM0.96 (+6.65 peratus), PPB +RM0.68 (+4.02 peratus), KIMLOONG +RM0.26 (+6.27 peratus), PENTA +RM0.26 (+9.49 peratus), MSM +RM0.12 (+3.02 peratus), SIMNE +RM0.10 (+4.76 peratus) dan MRCB +RM0.06 (+5.56 peratus).

Kaunter rugi pula termasuk NESTLE -RM2.00 (-1.96 peratus), AJI -RM0.46 (-2.16 peratus), KAWAN -RM0.12 (-3.88 peratus), UNISEM -RM0.10 (-2.78 peratus), IGBREIT -RM0.07 (-4.19 peratus) dan WCT -RM0.06 (-3.64 peratus).

Jumlah dagangan meningkat

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM14.9 juta.

Ringgit menyusut nilai kepada RM4.0845 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada Rabu lalu, FBM KLCI naik 11.77 mata kepada 1,771.76 mata. Pasaran saham Asia kebanyakan­nya ditutup lebih tinggi dalam dagangan tipis, dalam minggu selepas cuti dan juga kenaikan dalam saham komoditi apabila harga minyak mentah naik ke paras tertinggi dalam masa dua tahun dan harga bijih besi, harga emas dan tembaga juga meningkat.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.312 bilion saham yang didagangka­n, bernilai RM1.991 bilion. Indeks ditutup bercampur-campur dengan Indeks Industri naik 1.2 peratus.

Kaunter untung termasuk HENGYUAN +RM1.10 (+7.14 peratus), PETRONM +RM0.82 (+6.29 peratus), PMBTECH +RM0.37 (+9.54 peratus), EITA +RM0.20 (+12.66 peratus +RM0.13 (+2.56peratus), MMSV +RM0.10 (+5.92 peratus) dan SERBADK +RM0.11 (+3.56 peratus).

Kaunter rugi termasuk PHARMA -RM0.22 (-5.03 peratus), HEVEA -RM0.04

(-3.25 peratus) dan THPLANT -RM0.04 (-3.67 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM44.3 juta dan ringgit menambah nilai kepada RM4.083 berbanding dolar AS.

Pada Khamis, FBM KLCI naik 7.34 mata untuk ditutup pada 1,779.10 mata. Pasaran

Asia pula ditutup lebih tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan tembaga pada minggu lalu dan dagangan yang tipis menjelang hujung tahun dan tahun baharu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.642 bilion saham yang diniagakan, bernilai RM2.101 bilion.

Indeks kebanyakan­nya ditutup lebih tinggi dengan Indeks Kewangan naik 0.37 peratus. Kaunter untung termasuk HENGYUAN +RM1.46 (+8.85 peratus), PETRONM +RM0.74 (+5.34 peratus), PMBTECH +RM0.13 (+3.06 peratus), PMETAL +RM0.13 (+2.48 peratus), YINSON +RM0.15 (+3.9 peratus), CANONE +RM0.09 (+3.21 peratus) dan NESTLE +RM2.10 (+2.1 peratus).

Kaunter rugi termasuk SPB -RM0.20 (-3.98 peratus), PPB -RM0.18 (-1.04 peratus), ULICORP -RM0.18 (-4.96 peratus), WPRTS -RM0.08 (-2.14 peratus), SERBADK -RM0.08 (-2.5 peratus), VERSATL -RM0.06 (-8.57 peratus), NOTA -RM0.04 (-6.02 peratus) dan SASBADI -RM0.03 (-5.13 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM53.6 juta manakala ringgit menambah nilai kepada RM4.0667 berbanding dolar AS.

FBM KLCI naik 17.71 mata

Pada Jumaat, hari terakhir dagangan, FBM KLCI naik

17.71 mata untuk ditutup pada 1,779.10 mata. Pasaran Asia ditutup bercampur-campur untuk mengakhiri sesi dagangan terakhir 2017 dan kebanyakan pelabur menahan diri daripada membuat langkah drastik berikutan dengan ketiadaan pemangkin yang kuat untuk memasuki pasaran.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.138 bilion saham yang diniagakan, bernilai RM2.756 bilion. Indeks kebanyakan­nya di tutup lebih tinggi dengan Indeks Kewangan naik 0.87 peratus. Kaunter untung termasuk, DLADY +RM2.20 (+3.68 peratus), BAT +RM2.00 (+5.26 peratus), KLCC +RM0.83 (+10.63 peratus), SPSETIA +RM0.64 (+19.05 peratus), SIMEPLT +RM0.52 (+9.49 peratus), CMMT +RM0.41 (+28.87 peratus), SIMEPROP +RM0.33 (+22.76 peratus), DIGI +0.26 (+5.37 peratus), UMW +RM0.20 (+4.0 peratus), SUNREIT +RM0.19 (+11.11 peratus), NAIM +RM0.17 (+13.6 peratus) dan YONGTAI +RM0.06 (+4.11 peratus).

Kaunter rugi termasuk HENGYUAN -RM1.66 (-9.24 peratus), PETRONM -RM1.06

(-7.26 peratus), KIMLOONG -RM0.14 (-3.18 peratus), PMBTECH -RM0.13 (-2.97 peratus), ENRA -RM0.11 (-3.67 peratus), KIMLUN -RM0.08 (-3.48 peratus), MFLOUR -RM0.07 (-3.54 peratus) dan

MMSV -RM0.03 (-3.33 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk bersih asing ialah RM52.3 juta dengan ringgit menambah nilai kepada RM4.0465 berbanding dolar AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia