Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat melebihi paras AS$60 satu tong pada hari terakhir dagangan 2017, mencecah paras tertinggin­ya sejak pertengaha­n 2015.

Ia berikutan kejatuhan ti luaran minyak mentah AS dan penguranga­n dalam in ventori minyak mentah ko mersial negara itu yang mana mendorong kepada belian meskipun secara umumnya dagangan adalah rendah.

Kontrak penanda aras minyak mentah antarabang­sa, Brent juga meningkat disokong oleh penguranga­n bekalan berterusan oleh pengeluar anggota Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia serta permintaan yang kukuh dari China.

Harga minyak mentah dijangkaka­n mengakhiri 2017 dengan peningkata­n kukuh berikutan petunjuk lebihan bekalan global yang menjejaska­n pasaran sejak 2014 semakin berkuranga­n.

Brent meningkat 17 peratus sejak permulaan 2017 dan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 12 peratus.

Kontrak hadapan WTI AS, mencecah paras AS$60.32, paras tertinggi sejak Jun 2015.

Pada 1641 GMT, ia me kat 32 sen kepada AS$60.16 satu tong. Kontrak hadapan Brent melonjak 41 sen kepada AS$66.57 satu tong.

Brent melepasi paras AS$67 buat pertama kali sejak Mei 2015 pada minggu lalu.

Harga WTI disokong oleh perangkaan Pentadbira­n Mak

juk negara itu jatuh ke juta tong sehari ber

9.79 juta tong se

Awal 2017, harga minyak jatuh berikutan kebimbanga­n peningkata­n pengeluara­n minyak mentah di Nigeria, Libya dan tempat lain akan menjejaska­n usaha mengurangk­an pengeluara­n oleh OPEC.

Harga komoditi itu meningkat hampir 50 peratus sejak pertengaha­n tahun berikutan permintaan yang kukuh dan komitmen jitu anggota OPEC dalam menepati had pengeluara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia