Berita Harian

Aliran meningkat dijangka kekal

Pemangkin positif tempatan, serantau, pemulihan ekonomi pacu Bursa Malaysia

-

kan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) itu dijangka meneruskan aliran meningkatn­ya pada 2018.

“Buat pertama kalinya dalam tempoh empat tahun, indeks utama ditutup tinggi pada dagangan akhir tahun, meningkat kira-kira 9.0 peratus tahun ke tahun dan kira-kira 4.0 peratus berbanding November,” katanya.

Menuju ke penghujung tahun, beliau berkata, FBM KLCI disokong oleh prestasi kukuh komoditi termasuk tembaga, minyak dan emas, yang mencatatka­n paras tertinggi.

“Dengan pemulihan ekonomi domestik dan pengukuhan ringgit, Bursa Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat sekurangku­rangnya bagi suku pertama tahun depan,” katanya.

Nazri Khan berkata, minggu ini, beliau menjangkak­an indeks utama bergerak antara jajaran 1,780 dan menguji semula paras tertinggi September 2017, pada 1,800 mata.

Ketika dagangan minggu terakkepad­a 2017, prestasi pasaran disokong oleh kenaikan harga komoditi, iaitu minyak dan tembaga, dalam keadaan dagangan kecil menjelang cuti hujung minggu Tahun Baharu.

Harga minyak, mencecah paras tertinggi tempoh dua setengah tahun berikutan serangan ke atas saluran paip di Libya, naik sedikit selepas kekal tidak berubah pada Rabu, manakala kenaikan harga tembaga berterusan dengan dagangan logam mencecah paras tertinggin­ya dalam tempoh empat tahun.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 36.57 mata kepada 1,796.81, dengan pasaran dipengaruh­i kebanyakan­nya oleh aktiviti memperelok­kan akaun dan pengambila­n untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena Tahun Baharu.

Indeks FBM Emas meningkat 280.82 mata kepada 12,942.57, Indeks FBMT 100 naik 279.93 mata kepada 12,614.20, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 292.05 mata kepada 13,602.92, FBM 70 menokok 435.10 mata kepada 16,085.54 dan FBM Ace menambah 138.05 mata 6,603.55.

Mengikut sektor, Indeks kewangan naik 266.55 mata kepada 16,961.38, Indeks Perladanga­n meningkat 2.97 mata kepada 7,903.37, manakala Indeks Perusahaan menambah 88.17 mata kepada 3,280.70.

Berikutan dagangan singkat dalam minggu yang baharu berakhir, jumlah dagangan merosot kepada 10.16 bilion saham bernilai RM8.46 bilion daripada 12.22 bilion unit bernilai RM10.94 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 5.89 bilion saham bernilai RM7.58 bilion daripada 6.45 bilion saham bernilai RM9.92 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 999.13 juta unit bernilai RM248.63 juta berbanding 1.03 bilion unit bernilai RM178.09 juta pada minggu sebelumnya.

Pasaran ACE mengecil kepada 3.24 bilion saham bernilai RM615.99 juta daripada 4.61 bilion saham bernilai RM804.24 juta sebelumnya.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti Tahun Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia