Berita Harian

Pelajar hanyut ditemui mati

MPV dibawa arus deras, enam lagi selamat

- Oleh Suzianah Jiffar

Seorang pelajar lelaki yang hilang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya dihanyut arus deras di Kampung Bintasan Darat, kelmarin, ditemui mati.

Mayat Muhammad Asyraf Nirajim, 20, yang juga pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Miri, itu ditemui di Sungai Bintasan, pada jam 8.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah, berkata mangsa ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat yang diteruskan selepas kejadian pada jam 3 pagi, kelmarin.

Mayat ditemui penduduk

“Mayat mangsa ditemui orang kampung di Sungai Bintasan, kira-kira 1.3 kilometer (km) dari tempat kejadian, sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu.

“Operasi yang disertai anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditamatkan pada jam 9.45 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kelmarin, Muhammad Asyraf, dilaporkan hilang, manakala enam yang lain terselamat selepas kenderaan MPV dinaiki mereka, dihanyutka­n arus deras di Kampung Bintasan Darat, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika MPV terbabit melalui kawasan dinaiki air, sebelum arus deras menghanyut­kan kenderaan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, ketika kejadian kenderaan itu dinaiki tujuh mangsa, namun enam daripada mereka berjaya menyelamat­kan diri dengan keluar melalui cermin yang dipecahkan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH kelmarin. Mayat pelajar IKBN Miri
Keratan akhbar BH kelmarin. Mayat pelajar IKBN Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia