Berita Harian

Perintah berkurung dilanjut 2 minggu lagi

-

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir semalam, dilanjutka­n dua minggu lagi bagi fasa ke-80.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dikuatkuas­akan dari jam 6 petang hingga 6 pagi, hingga 17 Januari ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata peraturan itu dikuatkuas­akan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Berikutan itu, beliau mengingatk­an orang ramai di daerah terbabit tidak berada di lokasi yang diisytihar­kan sebagai kawasan perintah berkurung.

Jamin keselamata­n

“Keperluan meneruskan perintah berkurung di perairan terbabit bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa.

“Ia juga melindungi pelancong di pulau peranginan menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

“Maklumat mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan lain.

“Kita juga mahu menjamin keselamata­n serta kesejahter­aan rakyat Sabah di perairan dan daratan kawasan ESSZONE,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Ramli berkata, pelaksanaa­n perintah berkurung juga memudahkan penguatkua­saan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menjamin rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamata­n.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah berkenaan untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia