Berita Harian

2 rumah terbakar sambut tahun baharu

-

Kuching: Nasib malang menimpa dua keluarga di Kampung Haji Baki, di sini sempena sambutan tahun baharu apabila rumah mereka terbakar, semalam.

Sebuah rumah terbabit didiami enam sekeluarga musnah kirakira 70 peratus, manakala rumah sebelahnya yang didiami tiga sekeluarga pula terbakar 20 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, Faisal Sahari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.10 petang.

Kenal pasti punca kebakaran

Beliau berkata, 13 anggota termasuk tiga anggota EMRS dari BBP Batu Lintang dikejarkan ke lokasi.

“Operasi turut mendapat bantuan sembilan anggota dari BBP Tabuan Jaya serta dua anggota Pasukan Bomba Sukarela.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada 2.28 petang dan mendapati kebakaran membabitka­n dua rumah setingkat jenis separuh kekal,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadam pada jam 3.08 petang dan pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengenalpa­sti punca kejadian.

 ?? [ FOTO AWANG AZMIL AWANG AHMAD/BH ] ?? Kebakaran dua rumah di Kampung Haji Baki berjaya dikawal jam 3.08 petang, semalam.
[ FOTO AWANG AZMIL AWANG AHMAD/BH ] Kebakaran dua rumah di Kampung Haji Baki berjaya dikawal jam 3.08 petang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia