Berita Harian

‘Lebarkan Sungai Mansiang’

Penduduk hadapi tiga banjir tahun lalu

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Keadaan Sungai Mansiang yang semakin cetek dan terhakis faktor utama banjir sering berlaku di Kampung Mansiang, Menggatal, dekat sini.

Ini menyebabka­n penduduk kampung sentiasa berwaspada apabila cuaca mendung diikuti hujan kerana banjir boleh berlaku sekiranya hujan lebat berlarutan selama sejam.

Tinjauan BH di sekitar per kampungan itu mendapati ham rumah penduduk dipenuhi lum gal selepas banjir surut.

BH dimaklumka­n kali terakhir banjir melanda kampung berkenaan pada 28 Disember lalu dengan kedalaman paras paha bagi orang dewasa.

Penduduk Kampung Mansiang, Roy@rayner Season, 38, berkata tiga kali banjir teruk melanda kampung itu sepanjang tahun lalu.

“Banjir teruk sering melanda perkampung­an ini sejak 2005 selepas keadaan Sungai Mansiang semakin cetek dan tidak ada usaha penyelengg­araan sungai berkenaan.

Banjir hakis tebing sungai

“Pada masa dahulu, sungai ini mempunyai tebing yang tinggi, tetapi apabila kerap berlaku banjir, ia semakin cetek. Rumah kami antara yang kerap dilanda banjir.

“Keadaan ini menyebabka­n kami mengalami kerugian harta benda termasuk kereta,” katanya ketika ditemui di kediaman nya di Menggatal, barubaru ini.

Roy mencadangk­an pihak berkaitan segera mendalamka­n dan melebarkan Sungai Mansiang bagi menangani banjir di kampung itu.

Seorang lagi penduduk, Rosi ta Numan, 32, berkata banjir besar yang sering berlaku me nyukarkan beliau membawa ibu atau ahli keluarga lain mendapatka­n rawatan sekiranya ada masalah kesihatan.

“Disebabkan itu, jika hujan berterusan, saya dan suami membawa keluar anak serta ibu ke pekan.

“Saya meminta kerajaan se gera menangani masalah yang dialami penduduk di kampung ini,” katanya.

 ?? [ FOTO LANO LAN/BH ] ?? Keadaan sungai yang semakin cetek mengakibat­kan banjir di Kampung Mansiang, Menggatal.
[ FOTO LANO LAN/BH ] Keadaan sungai yang semakin cetek mengakibat­kan banjir di Kampung Mansiang, Menggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia