Berita Harian

10 bayi baru lahir terima ADAM50

-

Kota Kinabalu: Seramai 10 bayi yang dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Likas, Kota Kinabalu, semalam menerima Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Setiap bayi menerima RM200 menerusi simpanan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Seorang ibu, Dayang Nurhafizah Azeera Awang Harun, 22, menganggap kelahiran bayi sulungnya itu sebagai rezekinya kerana bukan sahaja lahir pada tahun baharu, tetapi juga dihadiahka­n dengan ADAM50.

“Kami anggap ADAM50 sebagai hadiah untuk anak perempuan saya lahir pada 2018.

“Selepas ini, kami tidak perlu bersusah payah membuka akaun simpanan dan akan terus menyimpan untuknya sebagai simpanan pendidikan,” katanya pada majlis penyerahan ADAM50 di Wad Kenanga, hospital itu.

Galak menabung

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Bahagian Modal Insan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Aida Md Daud dan Pengarah HWKKS, Dr Tan Bee Hwai.

ADAM50 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentang­an Bajet 2018 sebagai kaedah menggalakk­an budaya melabur dalam kalangan rakyat khususnya ibu bapa.

Bayi yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima insentif khas sebanyak RM200 sebagai pelaburan permulaan untuk pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia