Berita Harian

‘Mantapkan jentera pilihan raya’

-

Putatan: UMNO Putatan perlu memantapka­n jentera pilihan raya bukan sahaja untuk memastikan calon UMNO menang, malah semua calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putatan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Yahya Hussin, berkata UMNO Bahagian Putatan juga diminta menetapkan azam tahun baharu mereka untuk mempertaha­nkan BN sebagai kerajaan.

“Tetapkan azam atau resolusi kita bersama agar BN menang Parlimen Putatan dan dua kerusi negeri di bawahnya (Petagas dan Tanjung Aru). Jangan ada yang tercicir.

“Kita juga mesti tetapkan azam bukan sahaja untuk mempertaha­nkan BN sebagai kerajaan, malah kita mahu tingkatkan undi majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya pada Program Jentera Pilhan Raya UMNO Bahagian Putatan di sini, semalam.

Yahya juga meminta jentera parti supaya lebih cergas mendekati pengundi, terutama pada Januari hingga Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia