Berita Harian

RCI MEMALI

Dapatkan keadilan kepada waris mangsa, anggota PDRM

- Oleh Hariz Mohd bhnews@bh.com.my

Waris mangsa tragedi sokong segerakan penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI)

Bekas Timbalan Perdana, Tun Musa Hitam, menyokong cadangan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat tragedi Memali pada 1985, namun mahu ia dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Musa yakin banyak pihak khususnya waris mangsa yang terkorban, termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlu mendapat keadilan sewajarnya, dalam tragedi berdarah yang mengorbank­an 18 orang itu, 33 tahun lalu.

“Saya ingin menyatakan, bahawa saya tiada halangan dan sangat mengalu-alukan penubuhan RCI menyiasat tragedi Memali.

“Dengan syarat, seperti yang saya katakan (sebelum ini), RCI ditubuhkan selepas pilihan raya umum.

“Kalau tidak, ia akan menyebabka­n ketidakadi­lan kepada mangsa yang mengorbank­an nyawa mereka, termasuk anggota polis, sekiranya penubuhan itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada New Straits Times (NST), semalam.

Bimbang hilang saksi

Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak, yang mahu RCI ditubuhkan segera kerana bimbang semakin lama ia ditangguh, lagi ramai saksi peristiwa berdarah itu yang meninggal dunia.

Desakan itu berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengaitkan mufti dan PAS dalam tragedi berkenaan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, memberitah­u BH, kelmarin, penubuhan RCI dapat merungkai kisah sebenar dan individu bertanggun­gjawab di sebalik peristiwa itu.

Timbalan Pesuruhjay­a PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pula dilaporkan berkata, permohonan maaf oleh Dr Mahathir, beberapa hari lalu, tidak menutup desakan supaya disegeraka­n penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali.

Musa yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri di antara 1981 hingga 1986, sebelum ini pernah menyatakan pendirian beliau mahu RCI ditubuhkan selepas pilihan raya umum.

18 maut tragedi Memali

Tragedi Memali mengorbank­an 18 orang, termasuk empat anggota polis dan 14 orang awam serta puluhan yang lain cedera, kebanyakan­nya penyokong PAS.

Mereka ditembak pasukan keselamata­n ketika cuba melindungi guru agama, Ibrahim Mahmud yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya daripada ditahan polis di Memali, Baling.

Dalam peristiwa itu, Ibrahim yang juga pemimpin PAS tempatan, turut terbunuh.

Saya tiada halangan dan sangat mengalu-alukan penubuhan RCI menyiasat tragedi Memali” Musa Hitam, Bekas Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia