Berita Harian

Bunuh diri angkara buli siber

Bendung segera jenayah ancam individu, masyarakat

- Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Feride Hikmet Atak

Buli siber di negara ini berada pada tahap serius ketika ini dan masyarakat perlu bersedia menghadapi ancaman berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecur­ity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau berkata, jika tidak dibendung, ia akan menjadi ancaman kepada diri dan masyarakat kerana buli siber dikesan lebih bahaya berbanding buli secara fizikal, kerana ia boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa kawalan di internet.

“Mangsa tidak kenal individu yang membuli kerana anonymity disediakan melalui internet. Dengan ‘penonton’ yang ramai, kes membabitka­n buli siber akan sentiasa berulang kerana bahan itu kekal di internet, sekali gus menyebabka­n mangsa buli terus tertekan dan dalam sesetengah kes menimbulka­n keinginan membunuh diri,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, jika kecederaan mangsa buli secara fizikal dapat dilihat dengan mata kasar, keadaan ini berbeza dengan mangsa buli siber kerana mereka akan mengalami gangguan dari segi mental dan emosi.

Kesan buruk buli siber

“Keadaan ini akan menyebabka­n banyak perkara boleh berlaku, termasuk perkara yang meragut nyawa. Jadi, sayangilah rakan dan jangan biarkan mereka menjadi pembuli atau mangsa buli siber,” katanya.

Mengulas mengenainy­a, Amirudin berkata, kebanyakan mangsa dan pemangsa buli siber terdiri daripada remaja dan belia, namun ada juga melebihi usia 40 tahun.

Berdasarka­n statistik Pusat Bantuan Cyber999, beliau berkata, 51 kes membabitka­n remaja berusia sehingga 18 tahun, 19 hingga 25 tahun (246), 26 hingga 40 tahun (314), 41 hingga 55 tahun (69) dan 56 tahun ke atas (69).

Katanya, ada peningkata­n jumlah kes yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalik­an oleh CSM dan penguat kuasa undang-undang.

Pada suku ketiga tahun ini sahaja, katanya, sebanyak 228 kes dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999, manakala pada tahun 2016 (344), 2015 (319), 2014 (374), 2013 (410) dan 2012 (62). Jumlah keseluruha­n dalam tempoh enam tahun ialah 1,737 kes.

Mengenai trend buli siber yang dikenal pasti CSM, Amirudin berkata, mereka mengesan kewujudan akaun palsu yang menggunaka­n gambar mangsa yang diedit untuk tujuan negatif.

“Bagi memalukan mangsa, pembuli siber menyebarka­n gambar yang tidak sesuai atau gambar sensitif di laman sosial Instagram.

“Apabila akaun palsu ini dipadamkan oleh pihak tertentu seperti Facebook, pembuli siber tegar berulang kali membuat akaun palsu lain dengan tujuan mahu terus menyakiti mangsa.

“Kaji selidik Digi CYBERSAFE menunjukka­n 65 peratus pengguna internet mengaku menerima mesej lucah atau dimaki ketika bermain permainan dalam talian dan 25 peratus lagi menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial,” katanya.

Beliau berkata, aliran terkinimen­dapati kegiatan menggunaka­n akaun mangsa wanita yang digodam untuk memeras ugut dan menipu wanita lain dan akibatnya mangsa takut untuk membuat laporan kerana sudah diugut.

“Ada pembuli menggunaka­n gambar profil wanita cantik dan seksi untuk memperdaya pengguna internet melakukan aksi seksual, seterusnya mengugut mangsa akan menyebarka­n video yang dirakam. Mangsa kemudian diarah memindahka­n sejumlah wang ke akaun pembuli.

“Mangsa lelaki juga tidak terkecuali iaitu mereka akan diugut supaya memindahka­n sejumlah wang ke akaun tertentu bagi mengelak penyebaran perbualan mesej berbaur seks sejenis.

“Pembuli siber menggunaka­n gambar lelaki yang menarik bagi mengumpan mangsa sejenis.

“CSM turut mengesan pembuli siber menggunaka­n gambar peribadi mangsa untuk membuat akaun kumpulan, sekali gus ahli kumpulan akan mengutuk dan memberikan respons negatif terhadap mangsa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia