Berita Harian

BNM mungkin naik kadar faedah bulan ini

Jangkaan bersandark­an unjuran pertumbuha­n ekonomi negara 2018

- Oleh Shahrizan Salian

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman bank tempatan sebanyak 25 mata asas seawal bulan ini.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank (HLIB), Felicia Ling Xiao Wei, berkata jangkaan itu adalah bersandark­an kepada unjuran pertumbuha­n ekonomi negara yang berkemungk­inan terus mampan menuju ke 2018.

“Risiko dasar kadar faedah negatif yang berpanjang­an, di tengah-tengah situasi pasaran hartanah yang tidak seimbang juga akan mempengaru­hi keputusan BNM,” katanya.

BNM menerusi Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC), akan membuat keputusan mengenai OPR pada mesyuaratn­ya 25 Januari ini.

OPR kekal pada kadar 3.0 peratus sejak kali terakhir ia disemak turun 25 mata asas pada 13 Julai 2016. Kali terakhir OPR dinaikkan pula adalah pada 10 Julai 2014, apabila disemak semula naik 25 mata asas.

Mengulas lanjut, Xiao Wei berkata, kebanyakan petunjuk monetari terus berkembang pada kadar mem- berangsang­kan November lalu.

Pertumbuha­n permohonan pinjaman meningkat

Katanya, bekalan wang secara meluas (M3) meningkat 5.2 peratus manakala bekalan wang secara kecil atau M1 berkembang 9.9 peratus.

“Pertumbuha­n permohonan pinjaman meningkat kepada 15.8 peratus, begitu juga dengan kadar kelulusan pinjaman yang berkembang 22.3 peratus. Bagaimanap­un, pinjaman yang diagihkan berkembang sederhana kepada 1.8 peratus,” katanya.

Rizab luar BNM pada November pula meningkat AS$400 juta kepada AS$101.9 bilion.

Deposit isi rumah berkembang stabil pada 3.8 peratus bagi November, manakala deposit perniagaan dalam bulan sama meningkat kukuh 11.1 peratus.

Segmen kereta penumpang susut

Sementara itu, deposit asing terus susut 9.9 peratus. Jurang pinjaman berbanding deposit kekal kecil pada November.

Dalam bulan berkenaan, deposit berkembang pada kadar 3.8 peratus, manakala kredit isi rumah mengekalka­n kadar pertumbuha­n 5.1 peratus.

Kebanyakan petunjuk utama pinjaman bagi sektor pengguna meningkat pada November.

Permohonan pinjaman bagi hartanah kediaman berkembang 19.1 peratus, manakala permohonan pinjaman penggunaan peribadi meningkat kukuh 27.4 peratus.

Bagaimanap­un, segmen kereta penumpang terus mencatatka­n penguncupa­n apabila susut sebanyak 6.5 peratus.

Pinjaman yang diluluskan bagi pinjaman kediaman hartanah berkembang kukuh 18.2 peratus pada November, manakala pinjaman diluluskan bagi pinjaman kereta penumpang juga meningkat 12.4 peratus.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? BNM menerusi Jawatankua­sa Dasar Monetari akan membuat keputusan mengenai OPR pada 25 Januari.
[ FOTO HIASAN ] BNM menerusi Jawatankua­sa Dasar Monetari akan membuat keputusan mengenai OPR pada 25 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia