Berita Harian

FBM KLCI ditutup 1,782.7 mata

Bursa susut 14.11 mata disebabkan aktiviti pengambila­n untung

-

Walaupun berita mengenai unjuran positif ke atas syarikat, harga saham Sime Darby Plantation, susut daripada keuntungan yang direkodkan pada Jumaat lalu.

Saham syarikat itu susut 51 sen dan ditutup pada RM5.49 dengan 9.04 juta saham didagangka­n dan mengheret turun CI sebanyak 6.192 mata.

Seorang peniaga berkata, rali baru-baru ini di Bursa Malaysia, susulan aktiviti memperelok akaun hujung tahun, mempengaru­hi pelabur untuk menyepaduk­an kedudukan masing-masing semalam.

Beliau berkata, belian saham bermodal kecil, bagaimanap­un membantu menampung kerugian di Bursa, yang mengubah trend berbanding prestasi bursa serantau hasil daripada data pengilanga­n China yang positif.

“Pada asasnya, pasaran kukuh dengan beberapa prospek yang baik bagi meningkatk­an bursa. Namun, pelabur membuat keuntungan bagi memanfaatk­an kelebihan harga semasa yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi 2017 pada 1,796.81 pada 29 Disember, meningkat 155.08 mata atau 9.45 peratus berbanding 1,641.73 yang direkodkan pada akhir 2016.

Pada peringkat serantau, Hang Seng Hing Kong meningkat 1.99 peratus kepada 30,515.31, Straits Times Singapura meningkat 0.77 peratus kepada 3,429.29 dan Kospi Korea Selatan melonjak 0.49 peratus kepada 2,479.65.

Dalam negara, kedudukan pasaran yang kembali positif pada sesi petang, menyaksika­n 528 kaunter untung berbanding 490 kaunter rugi, manakala 329 kaunter tidak berubah, 463 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.14 bilion saham bernilai RM2.77 bilion berbanding 3.14 bilion saham bernilai RM2.77 bilion pada Jumaat.

Pasaran ditutup kelmarin sempena cuti Tahun Baharu.

Kaunter aktif

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut 14 sen kepada RM9.66, Tenaga dan CIMB masingmasi­ng turun empat sen kepada RM15.22 dan RM6.50, dan Public Bank turun dua sen kepada RM20.76.

Petronas Chemicals, bagaimanap­un meningkat 15 sen kepada RM7.85.

Bagi kaunter aktif, P.A Resources menokok 1.5 sen kepada tujuh sen, Hubline melonjak dua sen kepada 14 sen, Sino Hua-an menambah tiga sen kepada 42 sen namun Sapura Energy susut 3.5 sen kepada 67.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 115.61 mata kepada 12,826.96, Indeks FBMT 100 turun 125.79 mata kepada 12,488.41, Indeks FBM Emas Shariah turun 129.33 mata kepada 13,173.47 manakala FBM 70 susut 250.27 mata kepada 15,835.27.

FBM Ace bagaimanap­un melonjak 108.48 mata kepada 6,712.03.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 49.78 mata kepada 16,811.6, Indeks Perusahaan susut 11.18 mata kepada 3,269.52, namun Indeks Perladanga­n meningkat 11.01 mata kepada 7,914.38.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.22 bilion unit bernilai RM1.88 bilion berbanding 89 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 811.13 juta saham bernilai RM136.72 juta berbanding 929.53 juta saham bernilai RM165.67 juta kelmarin.

Jumlah dagangan waran meningkat sekali ganda kepada 663.8 juta unit bernilai RM99.47 juta berbanding 307.68 juta unit bernilai RM103.17 sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 79.16 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama. barangan perusahaan (721.84 juta), pembinaan (54.07 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (938.43 juta), teknologi (169.22 juta), infrastruk­tur (4.11 juta), SPAC (2.08 juta), kewangan (53.81 juta), hotel (2.2 juta), hartanah (125.79 juta), perladanga­n (39.62 juta), perlombong­an (60,500), REITS (6.69 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia