Berita Harian

Mula berniaga tanpa modal, kini jana RM1.2J

-

Shah Alam: Memulakan perniagaan tanpa modal dengan hanya berbekalka­n gambar anak memakai telekung, pemilik jenama fesyen Muslimah Al-kauthar berjaya mengumpul RM58,800 dalam tempoh lima hari.

Pengarah Al-kauthar Resources Sdn Bhd (AKRSB), Norliza Hayati Ahmad Shairuzi menjadikan keuntungan itu sebagai modal membeli fabrik menghasilk­an koleksi telekung dan diedarkan kepada stokis di sekitar negara ini.

Perniagaan telekung dijalankan dalam talian sebagai perniagaan sampingan mendapat sambutan apabila jualan bulan pertama mencecah RM120,000 dan jualan kasar tahun pertama RM1.2 juta.

Kini, Al-kauthar membuka 10 cawangan butik di beberapa negeri termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka dan bakal menembusi pasaran Brunei.

Norliza Hayati berkata, butik dibukanya di Laman Seri Business Park Shah Alam mempunyai lapan rakan niaga Butik Umrah dan Haji (Licensee) di beberapa negeri dan menyasarka­n 100 rakan niaga dalam tempoh 10 tahun.

“Butik ini menghimpun­kan pelbagai koleksi jubah untuk lelaki dan wanita yang mencari kelainan penampilan, namun masih menitik beratkan ciri-ciri pemakaian menutup aurat dan sopan.

“Untuk kelengkapa­n menunaikan haji dan umrah terdapat juga seluar, kain ihram dan tudung selain telekung menjadi identiti jenama ini,” katanya pada majlis perasmian butik Haji dan Umrah Al- Kauthar, baru-baru ini.

Al-kauthar utama keselesaan

Bekas guru itu berkata, wanita Muslimah bukan sahaja semakin bijak menjaga penampilan ketika bersosial, tetapi turut memastikan keselesaan ketika beribadah.

“Al-kauthar mengeluark­an telekung berkualiti bagi membantu wanita selesa bersolat, menunaikan haji atau umrah.

“Terdapat beberapa jenis telekung iaitu standard dan premium seperti koleksi Kasih Raudah dan Kasih Medinah, mengetenga­hkan himpunan telekung pelbagai rona pastel yang mendapat permintaan tinggi,” katanya.

 ??  ?? Norliza Hayati bersama sebahagian koleksi keluaran AKRSB di Shah Alam, baru-baru ini.
Norliza Hayati bersama sebahagian koleksi keluaran AKRSB di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia