Berita Harian

Bursa Malaysia terus jadi perhatian pelabur asing

-

Pasaran saham tempatan yang menerima aliran masuk kirakira RM10.33 bilion dana asing tahun lalu dijangka sekali lagi menjadi perhatian pelabur asing tahun ini, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Penganalis­isnya, Adam M Rahim, berkata aliran masuk dana asing akan berterusan pada 2018, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerana pelabur menyukai kepastian di dalam pasaran.

“Sementara itu, kami juga berpendapa­t bahawa faktor luaran lain seperti pandangan pelabur asing terhadap dasar monetari luaran akan menyebabka­n aliran keluar ‘wang murah’ yang digunakan oleh pelabur untuk memasuki pasaran sedang pesat membangun.

“Bagaimanap­un, kami yakin impak sedemikian (aliran keluar ‘wang murah’) dijangka adalah minimum,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF Research.

Adam berkata, aliran masuk dana asing pada 2017 yang bersamaan dengan AS$2.36 bilion, mengimbang­i 35 peratus daripada aliran keluar dana daripada pasaran saham tempatan pada 2014 hingga 2016.

Dana asing masuk tertinggi

Katanya, ia juga adalah yang tertinggi daripada empat pasaran saham Asia Tenggara yang dipantau oleh MIDF Research.

“Ia aliran masuk bersih tahunan pertama sejak pilihan raya 2013 dan tertinggi sejak 2012 yang menyaksika­n aliran masuk dana bersih AS$4.75 bilion.

“Dana asing menjadi pembeli yang agak agresif tahun lalu, yang menyaksika­n Bursa Malaysia merekodkan suntikan bersih 35 daripada 52 minggu dagangan sepanjang tahun,” katanya.

Adam berkata, dari awal Februari hingga Jun 2017, dana asing adalah pembeli bersih selama 18 minggu berturut-turut, tempoh terpanjang pernah direkodkan sejak 2013 yang ketika itu menyaksika­n 21 minggu berturut-turut dana asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia.

Katanya, hari paling cemerlang adalah pada 17 Mac, apabila pelabur asing menyuntik dana berjumlah RM816.1 juta, membolehka­n indeks penanda aras melepasi paras 1,740 buat kali pertama sejak Jun 2015.

“Ia membolehka­n aliran masuk bersih bulanan RM4.37 bilion pada Mac 2017, di tengahteng­ah perkhabara­n mengenai pilihan raya,” katanya.

Bagaimanap­un, Adam berkata, dari Ogos hingga November 2017, pelabur asing berundur dari Bursa Malaysia apabila mereka menjual saham berjumlah RM1.22 bilion sepanjang tempoh itu berikutan ketegangan di Semenanjun­g Korea.

Beliau berkata, kemajuan ketara yang ditunjukka­n oleh rancangan pengubahsu­aian cukai Amerika Syarikat (AS) menyaksika­n dana asing membuat kemunculan semula pada Disember 2017, dengan membuat pembelian bersih RM959.9 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia