Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah mencatatka­n pembu kaan tertinggin­ya sejak 2014 semalam di tengahteng­ah krisis antikeraja­an di Iran dan pemotongan bekalan berterusan yang diketuai oleh OPEC dan Russia.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermedia­te (WTI) Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$60.63 satu tong pada 0747 GMT, naik 21 sen atau 0.4 peratus, selepas mencecah AS$60.74 pada hari sebelumnya, tertinggi sejak Jun 2015.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabang­sa, berada pa me pe paras tertinggi pada Mei 2015 sebanyak AS$67.29 satu tong pada hari sebelumnya.

Ini adalah kali pertama sejak Januari 2014 bahawa keduadua penanda aras minyak mentah dibuka ta tong.

“Kekacauan yang semakin meningkat di Iran menetapkan jadual untuk permulaan kenaikan harga hingga 2018,” kata Schork Report yang berpangkal­an di Amerika Syarikat dalam nota kepada pelanggan semalam.

Penunjuk perasaan antikeraja­an Iran pada Ahad berkumpul sebagai bantahan terhadap amaran oleh pihak berkuasa atas tindakan keras yang berlarutan sehingga hari keempat sebagai satu cabaran yang paling berani kepada kepemimpin­an ulama sejak pergolakan proreforma­si pada 2009.

Walaupun tanpa pergolakan di Iran, pengekspor­t minyak utama, sentimen pasaran adalah menaik.

“Kejatuhan inventori global dan pertumbuha­n ekonomi yang kuat mengimbang­i permulaan semula saluran paip Forties dan pemulihan pengeluara­n berikutan gangguan paip di Libya,” kata penganalis­is pasaran kanan di broker niaga hadapan Oanda di Singapura, Jeffrey Halley.

Sistem kapasiti 450,000 barel per hari (bpd) Forties di Laut Utara kembali beroperasi pada 30 Disember selepas penutupan tidak dirancang.

Pasaran minyak disokong oleh satu tahun penguranga­n pengeluara­n yang diketuai oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia yang didominasi oleh Timur Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia