Berita Harian

Dasar kerajaan elak beban rakyat

-

Kuala Lumpur: Pengambila­lihan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh Kumpulan UEM, anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelak kenaikan tol adalah antara usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 2009.

Najib berbuat demikian bagi memperbaik­i pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum itu yang enggan membuat pinjaman bagi pembinaan lebuh raya dan prasarana untuk rakyat yang menyebabka­n bebannya ditanggung oleh rakyat sendiri dengan bayaran tol.

Pengarah Komunikasi Kementeria­n Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam, berkata bukan saja enggan membuat pinjaman sebaliknya Dr Mahathir didakwa memberikan konsesi berkenaan kepada kroninya.

Kesannya rakyat perlu menanggung kenaikan tol yang tinggi iaitu sebanyak 25 peratus setiap lima tahun sekiranya jumlah trafik tidak mencukupi, berikutan perjanjian yang dibuat bersama syarikat konsesi berkenaan.

Katanya apabila Najib menjadi Perdana Menteri, beliau mengarahka­n supaya PLUS diambil-alih.

Tak naikkan kadar tol

“Selepas pengambila­lihan PLUS, perjanjian diubah daripada kenaikan 25 peratus setiap lima tahun kepada lima peratus setiap tiga tahun.

“Sejak 2009, kadar tol di Lebuhraya Utara-selatan tidak pernah dinaikkan kerana kerajaan membayar pampasan.

“Perdana Menteri mengarahka­n Khazanah menerusi Kumpulan UEM untuk membeli saham PLUS sebanyak 51 peratus dan KWSP pula 49 peratus.

“Hasil perjanjian ini, kenaikan yang dikenakan hanya lima peratus untuk tempoh tiga tahun,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Lokman berkata, apabila pampasan dibayar kepada PLUS, 51 peratus diterima oleh anak syarikat kerajaan sendiri manakala 49 peratus diterima oleh KWSP.

Pencarum dapat kelebihan

Perjanjian itu turut memberi kelebihan kepada pencarum KWSP yang turut menerima bonus dan dividen.

Sebelum itu, kerajaan dijangka membayar pampasan sehingga RM2.04 bilion kepada PLUS susulan pemansuhan kutipan tol di Sungai Rasau dan Batu Tiga, Selangor, bermula 1 Januari lalu.

Pengambila­n PLUS oleh UEM dan KWSP pada Oktober 2010 membabitka­n kos RM23 bilion.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu program semalam dilaporkan berkata kadar tol lebuh raya di Malaysia masih murah, berbanding negara lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia